Tuesday, March 26, 2019

Hina mahkamah: Tiga minggu untuk Shafee failkan permohonan ketepikan kebenaran

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memberikan tempoh tiga minggu kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk memfailkan permohonan mengetepikan kebenaran prosiding komital terhadapnya berhubung kenyataan media yang dibuat peguam itu mengenai kes Datuk seri Najib Tun Razak.

Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril turut menetapkan 23 Mei ini untuk mendengar permohonan tersebut dan mengarahkan Muhammad Shafee hadir di mahkamah pada hari berkenaan.

Perkara itu diputuskan beliau semasa pengurusan kes di sini.

Terdahulu, peguam David Thomas Mathews yang mewakili Muhammad Shafee memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya berhasrat memfailkan permohonan untuk mengetepikan kebenaran Mahkamah Tinggi kepada Peguam Negara Tommy Thomas bagi memulakan prosiding hina mahkamah terhadap Muhammad Shafee.

No comments: