Oleh Siti Fatimah Ishak
PH kena terima sikap rakus DAP punca kekalahan di Semenyih
BANGI- Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)
Semenyih, memberi petanda jelas bahawa perpaduan antara UMNO dan PAS
telah menghasilkan kejayaan.
Peranan
PAS diakui sangat besar dalam menentukan kejayaan calon BN, namun
kerjasama kedua-dua parti ini masih lagi tidak kukuh dan perlu
diakrabkan lagi, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji
Aminuddin Yahaya.
Sambil
mengucapkan tahniah, beliau yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah
(UMMAH) mengingatkan, kemenangan BN bukan kerana hebatnya calon atau
polisi parti itu, tetapi lebih kepada rakyat sudah tidak mahukan Pakatan
Harapan (PH) yang gagal menunaikan janji.
“Ia lebih
kepada sentimen bukan ‘substance’ BN. Maka, BN harus ingat sokongan ini
bukan kekal, malah sangat rapuh dan bila-bila masa boleh bertukar jika
sikap dan perangai sama seperti dahulu,” katanya ketika dihubungi
Ismaweb.net hari ini.
BN menawan
semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi
persaingan empat penjuru dengan majoriti 1,914 undi.
Zakaria,
58, meraih 19,780 undi untuk menewaskan calon PH Muhammad Aiman Zainali,
30, yang memperoleh 17,866 undi; Nik Aziz Afiq Abdul, 25, daripada
Parti Sosialis Malaysia (PSM) (847 undi) dan calon bebas yang juga
aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng, 56, (725 undi).
Mengulas
lanjut beliau percaya sikap kerajaan PH, yang diterajui parti tamak
haloba, DAP yang rakus dan sombong telah ‘memakan diri’ dengan kekalahan
di Semenyih.
Justeru,
katanya, jika perpaduan Melayu dikekalkan, tidak mustahil BN dan PAS
akan memerintah kembali, tetapi kali ini janganlah kerana sentimen,
tetapi biarlah kerana sikap dan pemikiran wakil rakyat UMNO yang
berubah.
“Kita
tidak mahu orang Melayu rasa semakin terpinggir, agama Islam makin
tertekan. Kita minta kerajaan perlu berwaspada, dalam nak menjaga hati
orang Cina, jangan sekali-kali menggiris hati orang Melayu,” katanya.
No comments:
Post a Comment