Sabtu, 5 Januari 2019

Sejauh mana survival Bersatu?

THE MALAYSIAN TIMES



KUALA LUMPUR: Isu survival Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), parti politik termuda di negara pernah menjadi tanda tanya di awal penubuhannya dengan ada yang beranggapan ia akan terkubur dengan sendiri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Berlatarkan kepada pertumbuhan parti-parti politik seperti cendawan selepas hujan menjelang PRU14, rasa tidak puas hati rakyat terhadap parti pemerintah Barisan Nasional (BN) serta para pemimpinnya dan perpecahan dalam landskap politik Melayu lahirlah Bersatu pada September 2016.

Andaian riwayatnya singkat bagaimanapun meleset dengan parti yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presidennya apabila Pakatan Harapan (PH) mendapat mandat untuk memerintah pada tanggal 9 Mei, 2018.

Penganalisis Politik dan Perundangan dari Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Abdul Halim Sidek yang pernah meramalkan tempoh hayat terhad bagi parti itu berkata kemenangan PH pada PRU14 sudah tentu membawa perubahan besar dalam soal survival pada masa hadapan.—Bernama

Tiada ulasan: