Sabtu, 5 Januari 2019

Rafizi terdesak naikkan nama sendiri

DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

RAFIZI menyedari namanya semakin membusuk. Angan-angannya untuk melihat Presiden kesayangan beliau memanjat naik kerusi PM masih berliku. Lawannya iaitu Azmin semakin mencanak naik nama.Disebut-sebut pula sebagai bakal PM. 
 
Pertembungan dalaman PKR sudah menjadi rahsia terbuka.Bagi mengalihkan perhatian rakyat, beliau menyerang Presiden PAS dengan mengambil kesempatan isu Tabung Haji yang sebenarnya masih menggambarkan kekalutan kerajaan PH.
 
Rafizi usah mahu menjadi hero lagi. Jika penyelewengan TH benar-benar berlaku, sila tampil kemukakan di mahkamah. Bukan hanya highlight di media kerana terdapat pihak (BN) juga mempunyai hujah mereka. Media trial bukan penyelesaian terbaik.
 
Tidak dinafikan, terdapat pelaburan TH yang rugi. Begitu juga kemungkinan wujud 'creative accounting' bagi membolehkan LTH membayar dividen.
 
Cuma, terdapat beberapa keraguan dan pendetailan yang belum dijelaskan oleh LTH. Antaranya, percanggahan dapatan Laporan Ketua Audit Negara dan PriceWaterHouseCoopers. Permainan persepsi dan memanipulasi data sememangnya kepakaran PH sejak sebelum PRU ke-14.
 
Selain, itu kaedah penyelesaian menerusi SPV. Terdapat juga aset ekuiti yang dipindahkan kepada SPV tidak mengikut kriteria yang ditetapkan oleh LTH. Begitu juga prospektus aset ekuiti yang dilihat akan memberikan keuntungan jangka panjang kepada LTH. Isu ini lerlu diperjelaskan oleh kerajaan.
 
Oleh sebab itu, isu utama LTH ialah dakwaan skandal penyelewangan sejak zaman PM ke-4 sehingga kini yang masih belum diselesaikan termasuk laporan polis oleh pengurusan tertinggi LTH pada 30 November lalu.
 
Mengapa isu defisit RM4 bilion pula yang banyak diberikan perhatian?
 
Nasihat saya kepada Rafizi, usahlah sibuk dengan Presiden PAS. Jagalah Presiden kamu baik-baik dari serangan rakan sekutu sendiri.
 
“Islam Memimpin”
 
*DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: