Selasa, 8 Januari 2019

PRK Cameron Highlands: BN umum calon Khamis ini

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan calon bagi bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada Khamis.

Menurut laporan UMNO Online, pengumuman tersebut akan dibuat dalam satu majlis pada Khamis.

Ibu Pejabat BN memaklumkan majlis pengumuman calon tersebut akan berlangsung pada jam 11.00 pagi di Bunga Room, Aras 3, Hotel Seri Pacifik.

PKR Cameron Highlands bakal diadakan pada 26 Jan tahun depan.

Hari penamaan calon bagi PRK Cameron Highlands akan diadakan pada 12 Jan, manakala hari mengundi awal pada 22 Jan.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi mengumumkan kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal dan tidak sah.

Ia selepas calon DAP, M. Manogaran berjaya membuktikan terdapat amalan rasuah yang menyaksikan kemenangan Calon MIC Datuk C. Sivarraajh (Barisan Nasional) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lalu.

Sivarraajh antara lain didapati bersalah memberi suapan kepada pengundi Orang Asli dalam pilihan raya berkenaan.

Pada PRU-14, Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC menang di kerusi Parlimen Cameron Highlands yang membabitkan saingan lima penjuru namun pada 30 November lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kemenangannya adalah terbatal.

Sivarraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran dari PKR yang memperoleh 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS (3,587 undi); Mohd. Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B. Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).

Tiada ulasan: