Senarai
lapan warga Malaysia yang ditarik gelaran oleh Pangeran Kapita
Kepangeranan Patani Tiworo di Indonesia yang didakwa menyalahgunakan
pingat yang diberi. foto MALAYSIA GAZETTE
KUALA LUMPUR – Pangeran Kapita Kepangeranan Patani Tiworo di
Indonesia telah menarik balik gelaran pihaknya kepada lapan warga
Malaysia kerana didakwa telah menyalahgunakannya.
Pangeran Kapita Raja Muda Arya Natanegara Yang Terutama Kepangeranan
Chandrarupanto Patani Shri Tiworo, H.R.H.Tengku Pangeran Abdullah Ali
Chandrarupa Wibowo berkata, tindakan itu dibuat kerana pihaknya
dimaklumkan mereka menggunakan gelaran untuk menipu rakyat Malaysia yang
lain.
Mereka didakwa kononnya mengambil wang daripada orang ramai di negara
ini bagi mendapatkan gelaran daripada Kepangeranan Patani Tiworo.
Menurut Pangeran Kapita, mereka yang ditarik gelaran itu didakwanya menjadi broker mendapatkan pingat kebesaran kerajaannya.
Baginda yang juga dikenali Pangeran Agung Perbawa Budaya Kerajaan
Mempawah memberitahu Malaysia Gazette, ada juga rakyat Malaysia yang
telah menerima gelaran pihaknya didakwa membuat kad pengenalan palsu
dengan meminta wang puluhan ribu ringgit.
Kelapan-lapan warga Malaysia itu dikenali sebagai Ikram dari Kota
Damansara, Rafi dari Kuala Terengganu, Haffizul dan Salwa dari Klang.
Selain itu Azmi dari Hulu Langat, Jasmin dari Pelabuhan Klang, Intan dari Petaling Jaya dan Teng dari Kemaman, Terengganu.
Maklumat peribadi kelapan-lapan individu itu ada pada pihaknya, kata Pangeran Kapita.
Beliau juga menjelaskan, pihaknya juga sedia bekerjasama dengan
kerajaan Malaysia mereka terlibat disiasat dan dikenakan tindakan
undang-undang.
Kesemua mereka menerima gelaran daripada pihaknya pada tahun lepas, kata angeran Kapita Raja Muda Arya Natanegara. Pangeran Kapita Yang Terutama Kepangeranan Chandrarupanto Patani Shri Tiworo, Tengku Pangeran Abdullah Ali Chandrarupa Wibowo.
Justeru, beliau berharap agar masyarakat Indonesia dan Malaysia
jangan mudah percaya apabila ada pihak yang meminta wang bagi
mendapatkan pingat sehingga melangkaui pihaknya sendiri.
Beliau juga berharap kenyataannya akan membantu pihak tertentu yang
didakwa ditipu oleh mereka terbabit tampil membuat laporan kepada pihak
berkuasa.
Menurut beliau, sekiranya kelapan-lapan individu yang sama mahu
mempertahankan diri sekiranya mendakwa tidak bersalah boleh berhubung
dengan pihaknya dan jika mahu memohon maaf.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan