Isnin, 7 Januari 2019

Isa diarah fail pembelaan

 
   
Bekas Pengerusi Felda, Mohd Isa Samad hari ini diarah memfailkan pembelaannya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung saman difailkan oleh FGV Holdings Bhd membabitkan pembelian dua unit kondominum mewah di Troika, Kuala Lumpur.

Isa diminta memfailkan pembelaannya pada 4 Feb lalu, kata peguamnya, Lavinia Kumaraendran.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif FGV, Mohd Emir Mavani Abdullah yang juga dinamakan sebagai defendan kedua masih belum melantik peguam bagi kes itu.

Perkara itu dinyatakan oleh peguam FGV, Ang Hean Leng.

Berikutan itu, mahkamah menetapkan 23 Jan untuk pengurusan kes.

Tiada ulasan: