Jelas Mohamed Azmin, tindakannya itu tidak bererti beliau tidak peduli dengan saluran yang disediakan parti bagi menyatakan pandangan.
Beliau juga menegaskan sudah berjumpa Anwar beberapa kali sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan.
"Kita sentiasa berbincang dalam semua perkara. Jadi bagi saya tak ada masalah (keluarkan kenyataan terbuka).
"Saya jarang keluarkan kenyataan politik, apa lagi bertulis. Tapi itu tidak bererti saya tidak ikut saluran yang disediakan parti.
"Sebelum saya keluarkan kenyataan terbuka, saya telah berbincang dengan presiden parti, saya beberapa kali berjumpa Anwar, dan saya akan terus berbuat demikian, untuk berjumpa presiden, pemimpin, bagi membincangkan isu-isu parti.
"Tetapi ada masa kita kena buat kenyataan terbuka," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program di Semenyih, Selangor hari ini.
Dalam kenyataan bantahannya sebelum ini, Mohamed Azmin yang juga anggota parlimen Gombak menggesa Anwar menilai semula pelantikan jawatan utama kepimpinan parti yang diumumkan pada 28 Disember lalu.
Hentikan cakap-cakap politik
Mengulangi kenyataan pemimpin PH, Mohamed Azmin menggesa agar "cakap-cakap" seperti itu dihentikan.
Beliau menegaskan bahawa kerajaan PH ketika ini perlu menumpukan pada usaha membangunkan semula ekonomi negara dan bukannya berpolitik.
"Kerana tumpuan kita harus untuk bangunkan negara. Tumpuan kita untuk memulihkan masalah kewangan negara, untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, untuk memastikan rakyat dapat pembelaan sebaiknya.
"Ini patutnya jadi tanggungjawab kerajaan hari ini dan inilah yang sedang dilakukan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan jemaah menteri kabinet
"Kita fokus pembangunan negara dan matikan cakap-cakap politik ini. Kita baru selesai PRU ke-14, dan ini pertama kali dalam 61 tahun rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama memutuskan untuk menukar kerajaan,
"Sebab itu kita bertanggungjawab untuk menghormati kehendak rakyat, memenuhi aspirasi rakyat.
Kenapa mereka mahu perubahan? Bukan suruh kita gaduh dalam politik. Berhentilah, rakyat muak apabila pemimpin politik sentiasa bercakap tentang politik," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan