Thursday, November 1, 2018

ERA SUBSIDI BAKAL BERAKHIR – MAHATHIR




Kerajaan membayangkan tiada lagi pemberian subsidi kepada rakyat terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, subsidi hanya membuatkan seseorang itu tidak mampu berfikir dan tidak boleh berdikari.

Katanya, kerajaan kini tidak lagi seperti kerajaan terdahulu yang selalu memberi subsidi kepada kebanyakan rakyat.

“Lihat saja kerajaan terdahulu, mereka memberi wang kepada golongan miskin dan golongan itu tidak perlu bekerja. Walaupun tidak bekerja,tetap mendapat RM500 (Bantuan Rakyat 1Malaysia).

“Jika Malaysia terus menjadi sedemikian, tidak lama lagi, semua orang tidak akan mampu berfikir, tidak boleh bergerak dan tidak boleh melakukan kerja dengan sendiri kerana terlalu bergantung kepada subsidi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dasar nasional Industri 4.0, Industry4WD di Menara MITI, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking dan Presiden Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), Datuk Soh Thian Lai.


No comments: