KUALA LUMPUR - Pemimpin kerajaan dan pembangkang menyambut baik
kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung insiden
kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, semua rakyat perlu mengambil perhatian terhadap saranan Perdana Menteri agar berhati-hati sebelum berkongsi sebarang maklumat.
"Terutamanya apa yang kita kongsi di media sosial. Sebagai rakyat kita kena main peranan agar tidak menggugat perpaduan.
"Saya juga setuju dengan Perdana Menteri bahawa kebebasan bersuara ada batasnya. Dalam negara yang pelbagai kaum ini, kita kena pastikan tiada kenyataan yang dikeluarkan boleh menimbulkan kebencian," katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: 'Hati-hati keluar kenyataan' ]
Sementara itu, Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Itam, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, semua pemimpin perlu berwaspada dalam mengeluarkan kenyataan agar tiada unsur provokasi.
"Ini Malaysia yang kita cintai dan kita mahukan keamanan. Sebagai pemimpin tak kira pembangkang atau kerajaan
kena waspada dengan apa juga kenyataan, jangan buat provokasi.
"Sebab sekarang ini ada banyak provokasi sehingga membawa mesej tidak tepat. Oleh itu, saya sokong kenyataan Perdana Menteri untuk selesaikan ketegangan yang berlaku," katanya.

No comments:
Post a Comment