Mereka mahu menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir
Mohamad supaya segera memberi perhatian kepada isu Kuil Sri Sakthi
Maha Mariamman di Ladang Seafield itu.
Memorandum tersebut diterima oleh seorang pegawai tugas-tugas khas di
Jabatan Perdana Menteri yang berjanji akan membawa isu itu ke
perhatian Mahathir.
Untuk rekod, perobohan kuil tersebut pada kali ketiga sehingga 22
November ini ekoran pembantahan penganutnya.
Kuil itu mahu dipindahkan selepas kuilnya dibeli oleh sebuah syarikat swasta.
Sementara itu, badan bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman
menegaskan permintaan untuk mengekalkan kuil tersebut di tapak sedia
ada adalah berdasarkan undang-undang.
“Apa kami minta bagi pihak penganut dan bekas penduduk Ladang
Seafield adalah berdasarkan apa dijanji kepada kami oleh kerajaan
Negeri Selangor dan pihak yang membeli tanah tersebut.
“Dan tidak sesekali kami berundur daripada permintaan kami. Kami
nak tanah yang dijanji kepada kami,” kata anggota badan itu
Elangovan Annamalai.
Katanya, pada tahun 1987, kerajaan Selangor dan pembeli tanah
berjanji untuk memberikan tanah lima ekar kepada sekolah dan satu
ekar kepada Kuil Seafield di tempat sedia ada.
“Diikuti pada 1993, Tan Sri M Mahalingam, selaku timbalan nenteri
sumber manusia menulis sepucuk surat kepada kerajaan negeri untuk
menunaikan janji kepada sekolah dan kuil.
“Kesimpulannya, kami nak tanah yang dijanji kepada kami,” tegas
beliau kepada pemberita.
No comments:
Post a Comment