Ibu tersebut, 57 tahun, menamakan dresser berumur 42 tahun, Hospital Kuala Lipis, Hospital Selayang dan kerajaan atas kecuaian berkenaan.
Saman itu didaftarkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan difailkan pada 19 Julai tahun ini oleh firma Mohamad Zainuddin & Co (gambar).
Ketika kejadian pada 13 Disember 2010, di Penjom, Kuala Lipis, Pahang, pembantu perubatan itu yang juga berkerja di Hospital Kuala Lips mengkhatankan kanak-kanak itu dengan seorang pembantu.
Akibat tersalah prosedur, kepala zakar kanak-kanak itu terputus dan menyebabkan banyak darah keluar.
Pembantu perubatan itu kemudian membawa kanak-kanak tersebut ke Hospital Kuala Lipis.
Ibu kanak-kanak itu dalam penyata tuntutannya turut mendakwa pihak defendan cuai kerana tidak menjalankan prosedur penyambungan semula. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang.
Di Selayang seperti didakwa dalam penyata tuntutan, pembedahan penyambungan semula dilakukan pada 8.15 malam hari yang sama.
Selepas 35 hari pembedahan, ibu mangsa melihat penutup getah yang menutup zakar anaknya dan terkejut melihat kepala zakar anaknya sudah terpotong.
Ibu kanak-kanak itu mendakwa kecuaian dresser dan Hospital Kuala Lipis dalam membenarkan dresser itu mengkhatankan anaknya di luar premis hospital menyebabkan kecacatan kekal pada anaknya.
Ibu kanak-kanak itu juga mendakwa defendan gagal menyediakan laporan perubatan sebenar selain menyalahkan Hospital Selayang yang menurutnya hanya melakukan prosedur penyambungan semula zakar anaknya lima jam kemudian.
Beliau menuntut ganti rugi khas sebanyak RM108,356 bagi kos perubatan, ganti rugi am, faedah dan kos kehakiman.
Dresser yang merupakan defendan pertama dalam pembelaannya mengaku menjalankan khatan tersebut tetapi tidak mengaku melakukan cuai dan berkata mangsa tahu risikonya.
Dresser itu juga mendakwa bahawa ketika kejadian kanak-kanak itu tidak duduk diam.
Sementara
itu, pihak Hospital Kuala Lipis dalam pembelaannya menyatakan ketika
kanak-kanak itu tiba di hospital, mereka melihat kepala zakar mangsa
telah dijahit dan menafikan bahawa mereka gagal beri rawatan.
Hospital
Selayang pula dalam pembelaannya menyatakan ketika mangsa tiba, kepala
zakar kanak-kanak itu kelihatan pucat dan pembedahan microsurgery dijalankan.
Jelas Hospital Selayang, lima hari selepas pembedahan, pakar di hospital tersebut mendapati hujung zakar berkudis.
Bagaimanapun,
kata pembelaan Hospital Selayang, pihak mereka tidak pernah memberi
jaminan kepala zakar kanak-kanak itu akan pulih seperti biasa.
Dresser tersebut bagaimanapun tidak diwakili oleh peguam kanan persekutuan.
No comments:
Post a Comment