Pengurusan baru
1MDB sedang menyiasat dakwaan pegawai kanan syarikat audit Deloitte
Malaysia memberi “keterangan bohong” terhadap Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1MDB.
Lim berkata demikian dalam jawatan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Kepong) yang mahu tahu tindakan terhadap perkara itu.
Lim dalam
pertanyaan lisannya mendakwa pegawai kanan itu telah mempertahankan
pengauditan 1MDB yang didakwanya palsu.
Oleh itu, kenyataan kewangan 1MDB pada tahun-tahun itu, yang ditandatangani Deloitte pada 28 Mac 2014 dan 5 November 2014 tidak boleh lagi digunakan, kata syarikat itu.
Kenyataan itu muncul selepas 1MDB mengumumkan Deloitte sedang menarik diri sebagai juruaudit mereka, menjadikannya yang ketiga berbuat demikian sejak 2009.
Akaun-akaun 1MDB dari 2010 hingga 2012 diaudit oleh KPMG. Perkhidmatan syarikat itu bagaimanapun ditamatkan pada Disember 2013.
Menurut laporan PAC, khidmat KPMG ditamatkan selepas enggan menandatangani akaun-akaun tanpa perincian berkaitan pelaburan bernilai AS$$2.32 bilion.
The Wall Street Journal melaporkan firma Ernst & Young ditamatkan pada 2010 selepas membangkitkan persoalan sama.
Lembaga 1MDB ketika kerajaan lama BN bagaimanapun berkata mereka yakin tiada sebarang salah laku berlaku.
No comments:
Post a Comment