Wednesday, October 17, 2018

Utusan dakwa dihalang ambil laporan RMK-11




PETALING JAYA: Akhbar Utusan Malaysia hari mendakwa ia dihalang mengambil laporan Rancangan Malaysia ke-11 yang diedar kepada media hari ini.

Laporan yang dilarang siar sehingga 4.00 petang esok itu diedarkan kepada media semasa taklimat tertutup RMK-11 di Parlimen tengah hari tadi.

Menurut Utusan, akhbar Kosmo juga dihalang mendapatkan laporan itu.

“Difahamkan 2 akhbar berkenaan dihalang daripada mendapat laporan itu atas arahan pihak tertentu dari sebuah kementerian,” katanya.

Utusan berkata pegawai bertugas bagaimanapun atas budi bicara menyerahkan laporan itu kepada wakil Kosmo dan meminta dikongsi bersama Utusan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membentangkan kajian separuh penggal RMK-11 (2016-2020) di Parlimen esok. Ia adalah rancangan pembangunan 5 tahun ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

No comments: