Tuesday, October 16, 2018

Najib tinggalkan SPRM guna laluan belakang


Najib Razak
Najib Razak
 
 
PUTRAJAYA - Selepas lebih enam jam disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan bangunan SPRM jam 4.40 petang melalui laluan belakang.

Kumpulan media yang menanti sejak pagi untuk mendapatkan reaksi beliau gagal.

Kali ini beliau dikatakan dipanggil bagi membantu siasatan kes berkaitan  1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bayaran penyelesaiannya sebanyak RM2.4 bilion kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Najib sebelum itu tiba di ibu pejabat SPRM  pada jam 10 pagi melalui pintu belakang bangunan pejabat ini menaiki kenderaan Toyota Vellfire warna putih.

Ahli Parlimen Pekan itu sudah  beberapa kali dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM membabitkan kes 1MDB termasuk anak syarikatnya, SRC International Sdn. Bhd.

Pada 3 Oktober lalu, Najib memberi keterangan hampir tiga jam di Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA), di Menara KPJ, Jalan Tun Razak.

Tidak dapat dipastikan samada bekas Presiden Umno akan kembali ke pejabat SPRM esok untuk disambung keterangan.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Najib tidak mengaku salah 25 pertuduhan ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Najib didakwa tiga pertuduhan pecah amanah, satu kes rasuah ]
[ ARTIKEL BERKAITAN: Lagi pendakwaan terhadap Najib ]

No comments: