Dr Kamarul Zaman Yusoff
Keji apabila pemimpin PAN menggunakan nama almarhum Nik Aziz untuk mempertahan tindakan DAP yang secara jelas menolak RUU355
MELENTING pemimpin AMANAH bila saya menulis ‘tahap pemimpin AMANAH hanyalah tidak lebih daripada menjadi apologis untuk DAP’
ekoran tulisan Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor, Jamzuri Ardani,
yang mempertahankan penolakan DAP ke atas RUU 355 dengan mendakwa
penolakan itu bukan kerana DAP anti-Islam tetapi ‘kalau dia tidak tolak RUU 355 maka parti itu akan hilang undi dan akan kalah dalam pilihan raya‘.
Seperti
selalu, bila terhimpit, pemimpin AMANAH akan segera menggunakan nama
bekas pemimpin PAS seperti Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau
Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor sebagai pendinding bagi mewajarkan
tindakan atau kenyataan mereka.
Di dalam
kes Jamzuri, beliau menggunakan nama Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz
dengan menyebut kononnya beliau hanya melakukan perkara yang sama dengan
apa yang Almarhum lakukan, iaitu ‘mempertahankan rakan koalisinya dari serangan musuh politik’.
Kata Jamzuri bagi mewajarkan tulisan beliau: ‘AMANAH dan DAP adalah parti komponen Pakatan Harapan bersama PKR dan PPBM?’ Serangan ke atas mana-mana komponen Pakatan Harapan adalah serangan ke atas semua parti komponen Pakatan Harapan”.
Sebenarnya,
penjelasan Jamzuri ini adalah pengakuan yang membolehkan kita
mengetahui punca utama mengapa PAS dilanda masalah berterusan dengan
bekas pemimpin PAS yang kini menyertai AMANAH sewaktu ia berada di dalam
Pakatan Rakyat dulu.
Penyertaan
PAS di dalam Pakatan Rakyat adalah digantungkan kepada kertas kerja
Majlis Syura Ulama’, “Tahaluf Siasi: Garis Panduan Dari Perspektif
Islam”, yang menyenaraikan enam perkara yang menjadi syarat kepada
penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat.
Salah satu
syarat utama kepada penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat, yang sering
dilanggari oleh bekas pemimpin PAS ini, adalah “intima’, yang
merangkumi taat, wala’ dan thiqah, mestilah diberikan kepada kepimpinan
parti, bukan kepada pakatan tahaluf”.
Bagaimanapun,
intima’ bekas pemimpin PAS ini diberikan kepada Pakatan Rakyat, bukan
kepada PAS, termasuk dengan mengkhianati keputusan Majlis Syura Ulama’
yang menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar
Selangor.
Syarat lebih penting kepada penyertaan PAS di dalam Pakatan Rakyat pula adalah ‘tahaluf
(kerjasama) mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam,
memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk
perlaksanaan Islam’.
Disebutkan juga di dalam kertas kerja ini bahawa tahaluf perlu dikaji semula sekiranya ia boleh menyebabkan berlakunya ‘halangan kepada penegakan negara Islam‘, ‘kedudukan orang Islam tergugat‘ dan ‘disyaratkan untuk tidak melaksanakan syari’at Islam’.
Tidak berbangkit soal Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz ‘mempertahankan rakan koalisinya dari serangan musuh politik‘ kerana pada waktu itu tindakan DAP tidak menunjukkan bahawa ia mensyaratkan PAS supaya tidak melaksanakan syariat Islam.
Malah,
pada waktu itu, terdapat pemimpin DAP yang memberikan gambaran kepada
masyarakat umum bahawa mereka tidak menghalang perlaksanaan syari’at
Islam ini hingga ke tahap mereka sanggup membaca petikan ayat al-Qur’an
di dalam ucapan mereka.
Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 28 September 2011 malah ‘memperakui
dan menghormati perbezaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat
sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS
berkenaan hukum syariah’.
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyokong PAS bila berbangkit isu perlaksanaan syariat Islam dengan menyebut ‘DAP
dan PKR telah lama mengakui usaha Kelantan dan bersetuju melihat
Kelantan sebagai isu berasingan dengan cadangan hudud peringkat
kebangsaan’.
Malangnya,
selepas Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz tiada, dan selepas Kerajaan Pusat
mula memberikan ruang kepada PAS untuk melaksanakan syariat Islam di
Kelantan, pemimpin DAP, malah Datuk Seri Anwar sendiri, bertukar arah
dengan menolaknya.
Di dalam
isu perlaksanaan syariat Islam, Almarhum tidak pernah menjadi apologis
DAP, malah rekod membuktikan bahawa Almarhum dan PAS mempertahankannya
sehingga menyebabkan DAP menarik diri dari Barisan Alternatif pada 22
September 2001.
Begitu
juga bila isu hudud muncul di dalam Pakatan Rakyat pada akhir 2011,
rekod membuktikan bahawa Almarhum dua kali mengeluarkan kenyataan tegas
sanggup melihat DAP keluar dari Pakatan Rakyat dan tetap akan
melaksanakan hudud di Kelantan.
(Kedua-dua kenyataan ini boleh dirujuk di “Terpulang
DAP Mahu Keluar Pakatan, Saya Tetap Mahu Laksana Hudud, Kata Nik Aziz”,
Bernama, 22 September 2011, dan “Nik Aziz Prepared To See DAP Leave
Pakatan Over Hudud”, Malaysiakini, 25 September 2011).
Adalah
satu perkara keji untuk pemimpin AMANAH menyalahgunakan nama Almarhum
untuk mewajarkan tindakan mereka mempertahankan penolakan DAP ke atas
RUU 355 bila mereka tahu bawa Almarhum tidak pernah menjadi apologis DAP
dalam isu begini.
Khalid
Samad sendiri sebelum ini pun tidak mempertahankan DAP, tetapi hanya
sekadar menyatakan persetujuan pemimpin bukan Islam di dalam DAP
“sebelum kita umat Islam bersetuju untuk melaksanakan apa yang telah
diwajibkan oleh agama kita” tidak perlu.
Malah, Dr
Dzulkefly Ahmad sendiri sebelum ini pun pernah menyatakan pesanan dan
harapan Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz bahawa “beliau juga mahu kerjasama
Pusat agar undang-undang ini dilaksanakan di Kelantan dan negeri
Kelantan dijadikan model”.
Dan, jika
betul AMANAH akur kepada Almarhum, kenapa pemimpin AMANAH tidak pula
mahu akur kepada kenyataan Almarhum pada 13 Oktober 2014 yang menyebut
bahawa wakil rakyat PAS yang mahu keluar dari PAS adalah ‘orang yang tidak siuman‘?
Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM)
No comments:
Post a Comment