KUALA LUMPUR: Beberapa kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor
(SYABAS) cedera selepas sistem mampatan udara di Loji Rawatan Air SSP3,
Ijok, Selangor, pecah.
Menurut SYABAS, insiden itu berlaku semasa persediaan untuk
mengaktifkan semula pengoperasian loji selepas kerja-kerja pembaikan
siap dilaksanakan lebih awal dari masa yang ditetapkan iaitu pada jam
5.00 petang Selasa.
"Susulan daripada insiden yang tidak dijangka ini, masa pemulihan
bekalan akan tersasar daripada jadual asal seperti yang dimaklumkan pada
notis hebahan media sebelum ini," menurut SYABAS dalam satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment