Sunday, March 18, 2018

Shahrizat tolak tawaran bertanding di Sungai Besar

MALAYSIA GAZETTE
Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

 
KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menolak tawaran untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar.

Sambil mengucapkan jutaaan terima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunus kerana membuat tawaran tersebut, Shahrizat berkata, calon tempatan yang hebat, berpengaruh serta mampu mendapat sokongan pengundi selayaknya diketengahkan sebagai calon.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato’ Sri Jamal dan UMNO Bahagian Sg Besar kerana bersungguh dan ikhlas membuat tawaran itu kepada saya tetapi saya tidak dapat terima.

“Ini kerana saya berpendapat ada calon tempatan yang hebat dan berpengaruh yang mampu mendapat sokongan pengundi yang perlu diketengahkan sebagai calon,” katanya menjawab soalan wartawan di Ipoh hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, keputusan tersebut telah dibincang dan dimaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Jamal sendiri.

Walaupun menolak menjadi calon, Shahrizat berkata, beliau dan pergerakan wanita akan turun padang ke Sungai Besar untuk membantu calon BN dan memastikan kemenangan BN di semua DUN dan Parlimen Sungai Besar. – MalaysiaGazette


No comments: