Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi yakin wujud tekanan
buat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam
tindakannya membekukan dana kepada ADUN PAS di negeri itu.
Beliau yang dihubungi Antarapos menyifatkan, rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) menjadi punca kepada tekanan ini.
"Kalaupun tidak PH pusat (masuk campur) tapi saya percaya, dikalangan
ADUN atau parti yang ada di dalam Selangor termasuk PBBM, paling kuat
PAN (Amanah), DAP yang terus menyokong tindakan Azmin untuk mendesak
kepada pembekuan dana dilakukan kepada ADUN PAS.
"Secara refleksnya, Azmin sendiri tidak dapat menahan tekanan daripada
rakan-rakan dalam PH, walaupun sukar tapi itulah antara yang berlaku
akibat tekanan yang diberi maka pembekuan diarahkan," ujarnya kepada
Antarapos.
Sallehen juga menjelaskan, PAS sebelum ini mempunyai hubungan yang baik dengan PKR lebih-lebih lagi Azmin.
Namun katanya, masalah mula timbul selepas PAS memutuskan hubungan
tahaluf siyasi mereka dengan PKR dalam muktamar tahun lalu, apabila
rakan komponen dalam PH seperti Amanah dan DAP lantang mendesak Azmin
mengeluarkan PAS daripada kerajaan negeri.
"Sedangkan masa kerajaan negeri, PAS mengambil keptusan kita tidak ada
tahaluf siyasi dengan PKR dalam konteks politik diluar, tapi dalam
kerajaan negeri PAS masih ada dalam kerajaan
"Ketika itu tekanan-tekanan telah ada dari kalangan pimpinan-pimpinan
PH yang menekan ambil tindakan kepada PAS, suara-suara supaya keluarkan
PAS dari kerajaan, macam-macam ketika itu.
"Ini dikira tekanan kepada Azmin kepada pembekuan peruntukan ini," katanya.
Sementara itu, Sallehen menyifatkan Azmin yang dikenalinya bukan seorang yang bersikap sedemikian.
"Tidak ada satu kenyataan yang tidak jelas, Azmin sendiri seorang yang
kuat mendokong keadilan bahkan di Selangor. ADUN-ADUN BN dapat
peruntukan, ini menunjukkan keadilan kepadanya, yang kita tidak
menyisihkan wakil rakyat.
"Tiba-tiba beliau hilang pertimbangan, sebenarnya saya kenal Azmin, dia
bukan bersikap macam tu, tapi saya percaya ada unsur luar memberi
tekanan kepada Azmin,"ujarnya.
PAS Selangor sebelum ini memberi kata dua kepada Azmin untuk
menyelesaikan isu peruntukan kepada 13 wakil rakyatnya sehingga perayaan
Tahun Baru Cina.
Sallehen sebelum ini tidak menolak kemungkinan untuk membawa isu ini ke
pengetahuan istana Selangor, jika ia masih menemui jalan buntu.
No comments:
Post a Comment