GEORGE TOWN: Pakatan Harapan mengumumkan pembahagian kerusi negeri untuk Pulau Pinang malam tadi.
Pengumuman itu dilakukan Ketua Setiausaha Sekretariat Saifuddin
Abdullah pada sambutan ulang tahun ke-10 pemerintahan pembangkang di
Pulau Pinang di hadapan ribuan rakyat yang hadir.
Daripada 40 kerusi negeri, DAP akan bertanding mempertahankan 19
kerusi- Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Prai, Jawi, Padang Kota,
Pengkalan Kota, Komtar, Tanjung Bungah, Pulau Tikus, Air Putih, Air
Itam, Seri Delima, Paya Terubong, Datuk Keramat, Batu Lancang, Sungai
Pinang, Padang Lalang dan Berapit.
PKR juga akan mempertahankan 10 kerusi negeri miliknya kini- Seberang
Jaya, Penanti, Pantai Jerejak, Batu Maung, Machang Bubuk, Bukit Tengah,
Sungai Bakap, Batu Uban, Kebun Bunga dan Bukit Tambun.
PKR juga memperolehi empat lagi kerusi - Pulau Betong di Balik Pulau,
Pinang Tunggal di Kepala Batas, Telok Air Tawar di Tasek Gelugor and
Sungai Acheh di Nibong Tebal.
PKR sebelum ini pernah bertanding di empat kerusi tersebut tetapi tidak pernah menang.
PPBM pula akan bertanding di Penaga dan Bertam di Kepala Batas,
Permatang Berangan di Tasek Gelugor dan Teluk Bahang di Balik Pulau.
Sementara itu, parti serpihan PAS, Amanah pula akan bertanding di kubu
kuat PAS, Permatang Pasir dan kerusi dipegang BN, Sungai Dua di Tasek
Gelugor dan Bayan Lepas di Balik Pulau.
Pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 berdepan kesukaran
kerana wujudnya pertindihan permohonan kerusi daripada Amanah, PPBM dan
PKR.
13 kerusi Parlimen pula sudah diselesaikan Januari lepas, DAP akan
mempertahankan tujuh kerusi dipegangnya - Bagan, Batu Kawan, Tanjung,
Bukit Bendera, Jelutong, Bukit Gelugor dan Bukit Mertajam.
PKR akan mempertahankan Permatang Pauh, Nibong Tebal dan Bayan Baru. Ia
juga akan cuba merampas kembali Balik Pulau daripada BN.
PPBM akan cuba merampas Tasek Gelugor manakala Amanah akan bertanding
di Kepala Batas. Kedua-dua kerusi persekutuan itu dipegang BN.
No comments:
Post a Comment