KUALA LUMPUR – Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa
Malaysia menghimpunkan lebih 200,000 pesara syarikat berkaitan kerajaan
(GLC) di hadapan Jabatan Perdana Menteri pada akhir Mac ini.
Pada perhimpunan itu para mereka akan menyerahkan memorandum mendesak kerajaan meneliti semula pencen yang diterima pesara Telekom Malaysia Bhd., Lembaga Letrik Negara (Tenaga Nasional Bhd.), Pos Malaysia Bhd. dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang disifatkan rendah .
Presidennya, Datuk Mohamed Shafie Mammal berkata, pencen yang diterima pesara terbabit tidak melepasi RM500 sebulan, malah yang terendah ialah RM150 sebulan.
“Mana cukup dengan kos sara hidup yang terlampau tinggi ini,” katanya pada sidang media yang disertai kira-kira 150 orang wakil gabungan kesatuan pesara GLC dari seluruh negara hari ini.
Majlis tersebut menyerahkan memorandum pertama pada November 2016.
Menurut Mohamed Shafie, Perdana Menteri menunaikan janjinya dengan mengarahkan Bahagian Persaraan Jabatan Perkhidmatan Awam dan pihaknya kami dipanggil pada Oktober 2017 bagi dimaklumkan mengenai pencen yang diterima itu adalah pencen minimum GLC pada era 80-an dan 90-an.
“Namun JPA terus senyap tanpa tindakan susulan dengan kami sehingga hari ini dan sikap tidak mengambil peduli itu sangat mengecewakan kami semua yang banyak menyumbang dan mendokong hasrat kerajaan, ujarnya.
Seorang pesara Telekom, Datuk Wira DR. Ir. Ahmad Zaini Mohd Amin berkata, pesara bukan seperti polis dan tentera yang kebajikannya dijaga oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.
“Dulu kita pernah ada satu unit penswastaan di JPM tetapi sudah lama dibubarkan dan nasib kami seperti ‘anak yatim piatu’ dan pencen pun bawah kadar kemiskinan tegar,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Roszeli Majid berkata, setiap pesara GLC menerima pencen serendah RM150 hingga maksimum RM300 sahaja.
“Apabila penswastaan belaku gaji setiap pekerja yang rendah pada masa penswastaan itulah yang diambil kira untuk pencen setelah mencecah usia persaraan mereka.
“Kami sudah membuat ketetapan untuk jumpa PM dan tahu beliau seorang yang prihatin cuma pegawai bawahannya sahaja yang kita bimbangkan, kerana para penasihat beliau memberi informasi tidak tepat dalam hal pencen,” katanya.
Habibah Wanchik, 67, menyifatkan nasibnya umpama peminta sedekah kerana langsung tidak dapat menikmati wang pencen setelah berkhidmat lebih 30 tahun bersama BSN di Pulau Pinang.
“Saya tak pasti sebab kenapa dinafikan hak menerima pencen bulanan, masih buntu mencari jawapan dari kerajaan,” ujar beliau.
Presiden Pesara Tenaga Nasinal Berhad, Mohamad Abu Bakar Naina Mohamad, 72, yang berkhidmat lebih 35 tahun mengadu pemotongan yang dilakukan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga tidak disumbangkan setimpal dengan perkhidmatan cemerlang mereka kepada kerajaan.
“Ramai lagi pesara di luar sana menderita kerana pencen terlampau sedikit, kini PM satu-satunya harapan kami yang diyakini mampu membela nasib pesara,” tegsnya.-MalaysiaGazette

No comments:
Post a Comment