Monday, March 5, 2018

Perasmian serentak MAT Pemuda dan PAS Keningau

ARMAIN JUHARI




KENINGAU: PAS Kawasan Keningau telah mengadakan perasmian serentak Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Dewan Pemuda dan PAS Kawasan yang telah diadakan di Pejabat PAS Keningau, One Plaza, di sini semalam.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah, Ustaz Mustaqim Aling yang dalam ucapannya menegaskan soal ketaatan kepada Allah sebagai sandaran meraih kejayaan Islam.

Perkara itu dikaitkannya dengan peristiwa pembukaan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, antaranya penekanan penjagaan solat yang wajib dipelihara sebaiknya.

Terdahulu Yang Dipertua PAS Keningau, Abdul Hisham Othman dalam ucapan aluannya menegaskan sifat PAS sebagai bukan sahaja parti politik, bahkan sebuah jemaah Islam.

Jelasnya, selaras misi untuk mengajak manusia mendirikanIslam di seluruh pelusuk negara, PAS mengambil pendekatan memenuhi kerangka Perlembagaan dalam berpolitik bagi mendaulatkan Islam.

Katanya, PAS keningau sudah berada pada landasan yang terbaik dan terus bergerak kehadapan di mana terbaharu berjaya mendaftarkan sayap kirinya, Dewan Muslimat PAS Keningau.-HARAKAHDAILY 



No comments: