PUTRAJAYA: Pencapaian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada 2017
meningkat sebanyak PNGK 2.76 berbanding PNGK 2.71 pada 2016.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Datuk Seri Dr Mohamed
Mustafa Ishak berkata ini menunjukkan peningkatan nasional yang
memberangsangkan dalam kesemua kriteria pengukuran pencapaian tersebut.
Beliau berkata peningkatan itu adalah terbaik dan mengatasi semua pencapaian sejak STPM modular diperkenalkan pada 2013.
Bagaimanapun, katanya peratusan calon yang mendapat PNGK 4.00
mencatatkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 0.18 peratus berbanding
pada 2016.
"Seramai 485 calon STPM 2017 peroleh PNGK 4.00, menurun sebanyak 1.13
peratus berbanding 565 calon (1.31 peratus) pada 2016," katanya ketika
mengumumkan analisis keputusan itu, di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment