Sunday, March 11, 2018

Mana Janji Jawatan TPM Kedua Di Sabah, S’wak?

MYNEWSHUB




Dr. Kamarul Zaman Yusoff


KUALA LUMPUR – Rakyat Sabah dan Sarawak tertipu dengan janji Pakatan Harapan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana MenteriKedua jika pembangkang memenangi negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU114) 

 

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, manifesto PRU14 Pakatan Harapan semalam langsung tidak menyebut tentang perkara itu termasuk dalam janji khas mereka untuk Sabah dan Sarawak.

“Tidak didapati walau di mana sekalipun dalam senarai 60 janji itu termasuk dalam janji-janji khas untuk Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kamarul Zaman membangkitkan tentang janji Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Christina Liew pada 22 September 2017 bahawa Pakatan Harapan akan mewujudkan jawatan itu.

Katanya, Christina Liew sewaktu mengumumkan perkara itu malah berjanji perkara itu akan menjadi sebahagian daripada manifesto PRU14 Pakatan Harapan bagi seluruh Malaysia.

Tambahnya, janji itu dibuat di hadapan Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu majlis di Kota Kinabalu.

“Saya tertanya-tanya ke mana menghilangnya janji manis Pakatan Harapan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua khas untuk Sabah dan Sarawak. Takkanlah belum apa-apa rakyat Sabah dan Sarawak sudah tertipu?,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

LIHAT VIDEO DI SINI

No comments: