Sunday, March 18, 2018

Labu sayong jadi kemegahan, tapi pengusaha kata jualan suram

Labu sayong jadi kemegahan, tapi pengusaha kata jualan suram
Arca labu sayong gergasi tersergam megah dan menjadi mercu tanda di persimpangan utama ke bandar diraja Kuala Kangsar.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 
 
SEBAIK tiba ke Kuala Kangsar, pengunjung dapat melihat arca labu sayong gergasi tersergam megah di persimpangan utama ke bandar diraja ini.

Tembikar untuk mengisi air tersebut menjadi kebanggaan warga Perak, khususnya warga Kuala Kangsar yang mewarisi seni membuat tembikar indah ini sejak turun temurun.

Namun bagi peniaga kecil yang mencari rezeki dengan menjual produk kraftangan dekat Jalan Tebing di pekan bersejarah ini, keadaan semasa tidak membanggakan.

Mereka gusar apabila jualan semakin suram kerana kurangnya sambutan pelanggan tempatan, apatah lagi pelancong luar negara.

Salah seorang peniaga, Kamarudin Matani, 39, yang menyambung perniagaan warisan turun-temurun ibu bapanya itu berkat, mereka kini bergelut untuk hidup kerana kekurangan hasil jualan.

Faktor utama yang menyumbang kepada masalah jualan ini adalah pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), katanya.

"Jualan di sini memang tidak banyak. Kalau dulu sebelum GST dilaksana, kuasa beli lebih tinggi.
 Satu hari RM300 boleh dapat, sekarang RM20 pun belum tentu," katanya ketika ditemui The Malaysian Insight di kedainya di Tepian Sungai Perak.

Kata anak muda ini, kerajaan perlu memikirkan sesuatu untuk membantu industri labu sayong agar industri itu tidak tenggelam dek zaman.
Peniaga labu sayong Kamarudin Matani berharap agar pihak kerajaan mengambil tindakan bagi membantu industri itu agar tidak tenggelam di arus zaman.– Gambar The Malaysian Insight18 Mac, 2018.
Peniaga labu sayong Kamarudin Matani berharap agar pihak 
kerajaan mengambil tindakan bagi membantu industri itu agar 
tidak tenggelam di arus zaman.– Gambar The Malaysian Insight
"Saya amat mengharapkan pihak berwajib kena beri sokongan, buat program tingkatkan industri labu sayong. Ini adalah kebanggaan Perak terutamanya Kuala Kangsar.

"Jangan biarkan ia suram. Ia adalah warisan Melayu turun-temurun," katanya yang menjaga kedai ibunya itu. 

Beliau berharap sokongan tersebut akan diberikan oleh Pusat Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab memartabatkan hasil kraf tempatan.

Badan itu berfungsi memberikan pelbagai bantuan dalam bentuk kewangan, latihan, promosi dan pemasaran.

Sudah moden, tapi masih sukar dijual 

Nasib sama menimpa Hayati Alang Othman, 56, yang sudah hampir 30 tahun mengusahakan perniagaan kraftangan diperbuat daripada tanah liat itu.

Katanya, meskipun rekaan labu sayong telah dimodenkan, namun ia masih gagal menarik minat pembeli.

Antara rekaan baharu yang dihasilkan ada lampu berbentuk labu sayong, labu simpanan air yang lebih mesra pengguna dan juga rekaan tabung untuk simpanan wang.

"Lampu ini coraknya kita ada belajar dan eksperimen. Setiap orang belajar yang ambil kursus bawah (Kraftangan Malaysia), mereka sudah ada idea untuk dapat rekaan kreatif.
Labu sayong kini telah dimodenkan mengikut peredaran zaman. Ia juga diubahsuai menjadi lampu tidur. – Gambar The Malaysian Insight, 18 Mac, 2018.
Labu sayong kini telah dimodenkan mengikut peredaran zaman
Ia juga diubahsuai menjadi lampu tidur. – Gambar The Malaysian 
Insight,
“Tapi itulah (masalahnya), kreatif macam mana pun, kuasa beli bukan di tangan kita," keluhnya.
Mereka menghasilkan produk itu di bengkel sendiri di rumah namun kini terpaksa mengurangkan pengeluaran kerana tidak laku dijual.

“Sekarang (kita) tak mahu buat banyak-banyak sebab orang tak boleh beli.

"Macam mana pelanggan nak beli, kuasa beli sudah tiada. Sepatutnya (kerajaan) kena tingkat?
industri pelancongan di sini dan tarik pelancong luar,” katanya.

Pasaran produk kraftangan labu sayung yang makin suram itu bukana sahaja menjadi kebimbangan pengusaha kecil tetapi juga peniaga yang lebih besar dan lebih berpengaruh di kawasan itu.

Zulkifly Amir Hashim, 52, pemilik XTream Craft berkata, beliau bimbang industri itu akan tenggelam kerana kesukaran pengusaha mendapatkan bantuan kerajaan.

Bengkel dan kedainya terletak di Kampung Kepala Bendang yang terletak hanya 1 kilometer dari pekan Kuala Kangsar.

Kawasan penempatan pengusaha labu sayong itu terpilih sebagai destinasi Kraf Kampungku, salah satu inisiatif Kraftangan Malaysia untuk membangunkan komuniti setempat di bawah program Satu Daerah Satu Industri.
Peniaga labu sayong Zulkifly Amir Hashim berkata industri ini dibimbangi akan hilang berikutan kesukaran pengusaha dan peniaga untuk mendapatkan bantuan kerajaan untuk memajukannya.– Gambar The Malaysian Insight, 18 Mac, 2018.
Peniaga labu sayong Zulkifly Amir Hashim berkata industri ini 
dibimbangi akan hilang berikutan kesukaran pengusaha dan 
peniaga untuk mendapatkan bantuan kerajaan untuk memajukannya.
– Gambar The Malaysian Insight
Sebelum ini, terdapat lebih 100 usahawan labu sayung di Kuala Kangsar, namun kini, kira-kira 30 peratus pengusaha berkenaan sudahpun menutup operasi, kata Zulkifli.

Beliau kecewa kerana tidak mendapat bantuan sehingga menyukarkan operasinya.

"Saya minta dapur tidak bagi. Saya tumpang (tempat bakar di premis) orang yang kerajaan dah bagi, saya bayar duit dekat dia tolong bakarkan untuk saya. Sedangkan mereka tak buat labu pun. 

"Dari segi pembangunan, tanah semua saya bangunkan sendiri. Mana ada bantuan. Saya minta bantuan kotak mereka fikir dua kali nak beri," katanya kepada The Malaysian Insight.

"Dulu, ramai juga pengusaha labu sayong ini tapi sekarang ramai yang susah nak kekal. Kira-kira 30 peratus dah tutup," katanya lagi.
Produk labu sayong turut dipelbagaikan kegunaannya bagi menjadikannya tidak terhad kepada hanya untuk mengisi air sahaja.– Gambar The Malaysian Insight, 18 Mac, 2018.
Produk labu sayong turut dipelbagaikan kegunaannya bagi menjadikannya 
tidak terhad kepada hanya untuk mengisi air sahaja.– Gambar 
The Malaysian Insight
Beliau juga kecewa kerana perhiasan milik Melayu itu kurang dimanfaatkan di majlis-majlis seperti perhimpunan agung Umno yang boleh membantu mempromosi dan memartabat seni kraf itu.

"Labu sayung bukan hak cipta daripada orang asing samada asia atau Eropah. Ini hak cipta milik orang Melayu sendiri.

"Kenapa mereka tak nak jaga apa yang dihasilkan orang Melayu sendiri. Sedangkan mereka kata memperjuangkan Melayu.

"Saya cakap terus terang. Tiada pula bila persidangan Umno nak sediakan labu sayung untuk cenderahati, saya tengok (Umno) ambil besi ataupun keris (sebagai cenderahati)," katanya.

Zulkifli juga mengakui bahawa setiap peniaga dan pengusaha itu sendiri perlu bijak untuk mempromosikan produk labu sayong mereka ke pasaran dalam talian.

Namun pelanggan juga tertumpu kepada peniaga yang mempunyai bengkel untuk melihat sendiri demonstrasi pengeluaran labu sayong.

"Kalau rombongan datang, kita boleh buat demo macam mana ia terhasil. Guna tanah apa. Nak cuba buat pun boleh.

"Sebab itu mungkin pelanggan lebih datang ke pengilang sebab lebih banyak pilihan," katanya.

No comments: