KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 hari
ini dibentangkan bagi memohon meluluskan tambahan untuk perkhidmatan
tahun 2017 sebanyak RM7.122 bilion.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani membentangkan rang
undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Sebahagian besar perbelanjaan diperuntukkan kepada Kumpulan Wang
Terkanun iaitu sebanyak RM2,710,809,316 diikuti Kementerian Pendidikan
(RM891,104,350), Kementerian Dalam Negeri (RM804,272, 444), Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani (RM685,490,429) dan Kementerian
Kesihatan (RM479,070,116).
Selain itu, perbelanjaan tambahan itu turut melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya dengan perbelanjaan sebanyak RM82,074,000.
No comments:
Post a Comment