Malaysian Digest – Mendapat gelaran sebagai negeri paling maju dan paling kaya di Malaysia, Selangor bukanlah negeri menawarkan perkhidmatan infrastruktur terbaik – daripada jalan raya paling teruk sehinggalah perkhidmatan membekalkan air kepada rakyatnya.
Utusan Online melaporkan, gangguan bekalan air yang menyebabkan lebih 2 juta pengguna terjejas baru-baru ini berikutan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3)
Apa yang memeranjatkan adalah, Loji SSP3 sudah mengalami kerosakan semenjak 2016 lagi dan kontraktor hanya diarahkan menjalankan kerja membaik pulih pada Januari lalu.
Pengurus loji SSP3, Azman Abd. Aziz dalam temubualnya kepada Utusan turut mendedahkan bahawa empat unit pam di Loji SSP3 sudah tidak boleh dibaiki lagi berikutan kekurangan tenaga pakar dalam syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash).
“Bagi pam nombor lapan yang mengalami kerosakan bearing yang dikesan pada Januari lalu gagal berfungsi sepenuhnya, sementara pam nombor empat yang rosak sejak Mei 2017 masih belum dapat dibaiki kerana melibatkan masalah kos.
“Kerja memperbaiki ini sedang dijalankan namun perlu dibuat secara berperingkat-peringkat kerana memerlukan pemantauan rapi,” kata Azman.
Loji SSP3 membekalkan air kepada 427 kawasan meliputi Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat.
Hal ini menimbulkan persoalan mengenai sejauh mana kemampuan kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi perkhidmatan membekalkan air bersih terbaik kepada rakyat, selain sekadar mempolitikkannya sepanjang masa.
Mudah bagi kerajaan negeri memberi jaminan menghantar bantuan dengan mengerah lori tangki air ke kawasan terjejas, tetapi ianya turut memberi kesukaran kepada rakyat untuk mengangkut berbaldi-baldi air ke rumah masing-masing.
Bagaimana pula dengan penduduk rumah pangsa? Bagaimana mereka yang menetap di tingkat 20, 30? Ternyata ianya sukar.
Sebagai langkah penyelesaian, ada antara penduduk rumah pangsa Selangor yang mengalami gangguan bekalan air terpaksa bergantung kepada air hujan sepertimana ditunjukkan pada 2 keping gambar yang tular di media sosial semenjak 6 Mac lepas.
Bukan untuk menyalahkan kerajaan negeri semata-mata, namun perkara ini tidak akan berlaku sekiranya projek Langat 2 tidak dipolitikkan kerajaan PKR Selangor dan Azmin segera menamatkan proses pengambilalihan pegangan Splash yang dimulakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.
Emmy Hazrul II menambah 2 foto baharu
KESIANYE...
Inilah nasib rakyat di negeri termaju di malaysia bernama selangor.
Sampai Begini Pakatan Buat Rakyat Selangor..
Inilah nasib rakyat di negeri termaju di malaysia bernama selangor.
Sampai Begini Pakatan Buat Rakyat Selangor..
No comments:
Post a Comment