Thursday, March 8, 2018

Isteri ditetak suami sebelum dibawa lari

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KLANG: Seorang wanita diseret dan ditetak menggunakan parang panjang oleh suaminya sebelum dibawa lari dalam kejadian di hadapan sebuah kilang elektronik di Taman Klang Jaya di sini hari ini.
 
Kejadian yang dipercayai akibat cemburu itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi dan mangsa, P. Komathi, 42, hingga kini masih belum ditemukan.
 
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat anak perempuan mangsa berusia 13 tahun, ayahnya N. Somoo, 37, bersama rakannya yang dikenali sebagai Mogan telah pergi ke tempat kerja mangsa.
 
“Ayah pengadu telah mengheret ibu pengadu dan memaksanya masuk ke dalam kereta Proton Satria berwarna biru dengan nombor pendaftaran BFV 8384 sambil menetaknya menggunakan parang sebelum membawanya lari.
 
“Sehingga kini pengadu tidak tahu ke mana ayah pengadu membawa lari ibunya kerana suspek tidak dapat dihubungi dan polis sedang berusaha untuk mengesan mangsa serta suspek,” katanya di sini hari ini.
 
Insiden tersebut turut tular di laman sosial selepas dimuat naik di Facebook dengan berdurasi 2 minit 34 saat.
 
 

No comments: