Monday, March 5, 2018

Farid Kamil diingatkan tidak keluar kenyataan berkaitan kes

ASTRO AWANI

Farid Kamil diingatkan tidak keluar kenyataan berkaitan kes
Rabu lalu, Farid telah mengadakan sidang media di The Loft Event Space, Setia Alam. - Gambar fail
 
 
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini memberi peringatan kepada pelakon dan pengarah filem terkenal Datuk Farid Kamil Zahari untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah.

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat teguran itu terhadap Farid, 37, ketika prosiding sebutan semula kesnya di mahkamah hari ini.

"Mahkamah ambil kira baru-baru ini ada kenyataan dibuat tertuduh, jadi mahkamah ingin beri peringatan kepada tertuduh. Diharap tertuduh dan pihak berkaitan tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan kes yang telah dituduh di mahkamah.

"Apa-apa masalah atau perkara berbangkit perlu dikemukakan di mahkamah dan dibawa ketika perbicaraan," kata majistret itu dan menambah apa yang dinyatakan dalam kenyataan tertuduh secara langsung atau tidak langsung, mungkin ada kaitan dengan pertuduhan dan mengingatkan peguam untuk meneliti perkara itu.

Peringatan itu diberi berikutan Farid telah mengadakan sidang media di The Loft Event Space, Setia Alam, Rabu lepas.


No comments: