DI DALAM tulisan bertajuk "Isu "Murtad" Di Sarawak dimainkan oleh pentaksub PAS untuk raih laba politik", Pengarah Hal Ehwal Syariah PAN, Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi, menulis begini:"1. Di Sarawak, ada orang Kristian yg namanya macam nama orang Islam. Ada yg namanya ada kalimah bin atau binti.2. Ada yg masuk Islam secara pukal. Maksudnya, ada NGO tertentu yg bawa mereka ke agensi agama, Islamkan mereka secara pukal dan tukar nama kpd nama Islam.3. Ada yg masuk Islam semata-mata nak kahwin. Sepanjang kahwin tak pernah amalkan Islam. Apabila pasangan mati atau bercerai, balik semula kpd agama asal.4. Ada yg Islam semenjak kecil, tetapi dipelihara oleh keluarga bukan Islam dan tak pernah kenal Islam. Tapi dalam kad pengenalan ada perkataan Islam.5. Ada juga yg masuk Islam kerana pelbagai tujuan, seperti bantuan kewangan segera, terdesak, ikut ketua, ikut kawan, suka-suka, dan sebagainya.6. Mereka yg masuk Islam dalam pelbagai versi itu direkodkan sebagai orang Islam secara pentadbiran oleh agensi agama di sana. Ada yg tukar nama kpd nama Islam dan direkod sebagai orang Islam dlm kad pengenalan.7. Ada berpuluh-puluh versi masuk Islam di sana, dgn pelbagai kaedah dan bentuk. Ada pihak yg mengislamkan mereka kerana tujuan politik dan ingin mendapat nama mengislamkan ramai orang.8. Orang Islam dalam versi tadilah yg memohon utk "keluar Islam". Hakikatnya, mereka hanya masuk Islam tanpa kesedaran, tanpa kerelaan, tanpa persetujuan atau tanpa pengetahuan.9. Jangankan mereka belajar tentang Islam, bahkan ada yg tak tahu pun bahawa Islam adalah agama dan masuk Islam bermaksud menukar agama."Berdasarkan kepada tulisan ini, maka tiga persoalan berikut boleh ditanya kepada pemimpin PAN:(1) Benarkah masalah penukaran agama dari Islam ke Kristian ini bukan hanya membabitkan empat pemohon tetapi begitu ramai sekali individu lain "yang masuk Islam secara pukal", "yang masuk Islam semata-mata nak kahwin", "yang Islam semenjak kecil, tetapi dipelihara oleh keluarga bukan Islam dan tak pernah kenal Islam" serta "yang masuk Islam kerana pelbagai tujuan, seperti bantuan segera, terdesak, ikut ketua, ikut kawan, suka-suka, dan sebagainya"?(2) Bolehkah pemimpin PAN memberikan bukti mengenai kewujudan begitu ramai sekali individu "yang masuk Islam secara pukal", "yang masuk Islam semata-mata nak kahwin", "yang Islam semenjak kecil, tetapi dipelihara oleh keluarga bukan Islam dan tak pernah kenal Islam" serta "yang masuk Islam kerana pelbagai tujuan, seperti bantuan segera, terdesak, ikut ketua, ikut kawan, suka-suka, dan sebagainya" yang menghadapi masalah untuk keluar dari Islam?(3) Apakah pemimpin PAN menganggap di Sarawak ini rakyatnya bodoh-bodoh belaka sehingga menyebabkan ramai daripada mereka boleh "masuk Islam tanpa kesedaran, tanpa kerelaan, tanpa persetujuan atau tanpa pengetahuan", malah "ada yang tak tahu pun bahawa Islam adalah agama dan masuk Islam bermaksud menukar agama"? - HARAKAHDAILY
Monday, March 5, 2018
Bodohnya orang Sarawak di mata pemimpin PAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment