OLEH SYAZWANI SUFIAN
SUBANG
JAYA: Lagenda rock tanah air, Amy Search memberi sokongan penuh
Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisass Smart Selangor
(IKTISASS) 2018.
Beliau berkata, pelaksanaan itu dilihat penting untuk kemajuan sesebuah negara.
“Pada
masa kini, program Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET)
melangkaui arus semasa, golongan belia berpeluang meningkatkan kemahiran
melalui IKTISAS ini.
“Secara tidak langsung IKTISASS mampu
melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi menyokong pertumbuhan ekonomi,”
katanya kepada SelangorKini selepas membuat persembahan di IKTISASS di
Sunway Convention Center, di sini.
Mengulas lanjut, Amy berkata peluang itu harus diambil anak muda disamping melihat ia sebagai salah satu kerjaya.
“Saya juga pernah menceburi bidang pengimpal sebelum bergelar artis namun ketika itu tidak secanggih masa kini.
“Oleh
itu, golongan belia harus datang sendiri ke IKTISASS melihat kemajuan
yang dibawa Kerajaan Negeri melakui pusat-pusat pengajian yang lebih
selesa, peralatan yang lebih canggih dan berteknologi tinggi,” katanya.
Selain Amy, selebriti tempatan lain yang bakal memeriahkan program antaranya Haqiem Rusly dan Wany Hasrita pada Ahad ini.
No comments:
Post a Comment