Friday, March 9, 2018

ADUN PAS Paya Jaras ‘Kirim Salam’ Kepada MB Selangor


 



Usaha penguatkuasa Kerajaan Negeri Selangor mahu merobohkan di Kampung Sri Indah, Sungai Buloh menimbulkan kemarahan ADUN PAS Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

“Saya wakil rakyat..tiba-tiba dapat notis melalui whatapps nak roboh rumah kawasan saya.

“Macam mana perasaan, kalau tuan jadi wakil rakyat..”kata Khairuddin kepada beberapa orang penguatkuasa kerajaan negeri itu.

“Bagi tahu kepada MB (Selangor)..ini kata-kata saya,”katanya lagi.

Dalam catatan di Facebook, Khairuddin menulis beliau tidak memusuhi penguatkuasa kerajaan negeri, namun Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin perlu memahami kesusahan rakyat bawahan di negeri itu.

“Saya tidak berhasrat memusuhi agensi penguatkuasa kerajaan negeri yang ada;

“Tetapi saya tidak berganjak; “suara rakyat bawah, suara rakyat susah, mesti dihantar ke atas. Dengan apa cara sekali pun”,”tegasnya.

LIHAT VDEO DI SINI

No comments: