Wednesday, March 21, 2018

Adakah 1MDB Gagal, Tiada Sumbangan?

Khairul Amir


1mdb gagal


MENJELANG Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), serangan pembangkang terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semakin memuncak.

Bukan sahaja di dalam negara, media di luar negara juga berbuat demikian.

Apakah tujuannya?

Tujuannnya hanya satu iaitu untuk mempengaruhi rakyat kononnya kerajaan ketika ini adalah pencuri duit rakyat.

Benarkah dakwaan itu?

Pada dasarnya, kerajaan melaksanakan pelbagai langkah berkesan dalam mentadbir dan membangunkan negara, selain mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

Bagaimanapun, isu 1MDB terus kedengaran dan cenderung dipolitikkan serta dimanipulasi pembangkang bagi menghadapi PRU-14.

Kenapa ini berlaku? Ini kerana pembangkang tidak boleh menentang dasar kerajaan, maka mereka mengunakan isu 1MDB sebagai modal untuk memfitnah.

Sebenarnya isu 1MDB adalah cerita lama yang sudah selesai tetapi pembangkang terus menggunakannya untuk mendapatkan sokongan.

Terbaharu, Tony Pua baru-baru ini mempersoalkan sama ada polis telah menyiasat sejumlah wang yang dipindahkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited yang dikatakan milik jutawan kontroversi, Jho Low.

Ternyata pembangkang tidak mempunyai ‘modal’ dan sengaja mengitar semula isu hak milik syarikat Good Star Limited demi untuk mendapatkan publisiti murahan.

Isu tersebut bukan suatu perkara baru memandangkan ia telah dibangkitkan pada bulan April 2016 oleh Tony Pua dan telah pun dijawab.

Semasa proses siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), 1MDB telah mengemukakan segala dokumen berkaitan kepada pihak Jabatan Audit Negara.

Dengan segala dakwaan pembangkang berhubung 1MDB, adakah ia menggambarkan syarikat itu gagal secara keseluruhannnya?

Adakah langsung tiada sumbangan dibuat daripada syarikat berkenaan?

Jika dilihat, 1MDB telah banyak memberikan sumbangan kepada rakyat di negara ini.

Bagaimanapun, disebabkan pembangkang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak maka kebenaran berkenaan itu telah disembunyikan.

Nama 1MDB telah dibusukkan dan dijaja ke seluruh dunia demi kepentingan politik mereka.
Bukan itu sahaja, ia sampai ke tahap mempergunakan media asing.

Apakah sumbangan 1MDB?

1.1MDB menyumbang kepada projek Bandar Malaysia seluas 202.3 hektar yang bakal menjadi pembangunan paling ikonik di negara ini.
2. 1MDB juga terlibat dengan TRX City Sdn. Bhd. (TRX City) yang kini menjadi tarikan pelabur.

3. Ketika ini TRX telah menarik pelabur terkemuka antarabangsa iaitu HSBC Malaysia melibatkan pelaburan bernilai AS$250 juta (RM1.06 bilion) dan Lendlease yang turut membangunkan Lifestyle Quarters, Mulia International Group yang membangunkan Signature Tower dan Veolia, iaitu syarikat kitar semula bagi sisa kumbahan.

4. 1MDB juga terlibat dalam pembangunan Pangkalan Udara Sendayan yang bakal menjadi pusat latihan terbesar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyumbang kepada transformasi utama dalam pembangunan rakyat dan negara.

5. 1MDB juga memberikan biasiswa 1MDB kepada pelajar di negara ini.

6. 1MDB juga melaksanakan program haji yang ditaja oleh Yayasan 1MDB. Setiap tahun seramai 1,200 jemaah haji berpeluang ke tanah suci untuk melaksanakan ibadah haji.

7. 1MDB juga membina semula Masjid Kampung Baru dengan nilai RM20 juta.
Jadi, kenapa pembangkang berterusan menjadikan 1MDB sebagai modal politik mereka?

Adakah pembangkang semakin terdesak dan ketandusan isu?

Melalui perbuatan mereka termasuk mempengaruhi rakyat melibatkan media asing, ternyata pembangkang semakin terdesak.

Biarlah apa pun dikatakan oleh pembangkang, 1MDB perlu meneruskan khidmat baktinya dan sumbangannya kepada negara dan rakyat di negara ini.

Apa yang penting adalah rakyat mendapat manfaat daripada 1MDB.

Tuduhan dan fitnah terhadap 1MDB bukan selamanya, ia akan berakhir apabila pembangkang buntu dan gagal dalam perbuatan mereka.

Selepas itu, mereka akan mencipta isu baharu pula bagi menghentam kerajaan, itulah pembangkang.

Kita perlu faham sifat mereka yang memang mahu menghancurkan keharmonian negara demi cita-cita politik yang penuh dendam dan memuaskan kepentingan diri sendiri.


No comments: