KUANTAN: Sembilan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang
dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan
berkaitan kes perlombongan haram di sekitar bandar ini.
Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman membenarkan kesemua kakitangan
itu ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu
siasatan.
Semua suspek yang berusia antara 29 hingga 59 tahun itu ditahan dalam
serbuan SPRM antara pukul 3.30 petang hingga 3.45 petang semalam, di
beberapa lokasi di sekitar daerah ini.
Mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti perlombongan
bauksit secara haram meskipun kerajaan mengenakan perintah moratorium
sejak 15 Januari 2016 yang sepatutnya tamat pada 31 Disember ini.
Dalam operasi semalam, SPRM menyerbu pejabat PTG negeri, Jabatan Kastam
dan Eksais Diraja serta Pelabuhan Kuantan bagi merampas beberapa
dokumen berkaitan.
Selain itu, SPRM turut menahan sebanyak 18 buah lori yang sedang
mengangkut bauksit dari lombong-lombong haram di sekitar Felda Bukit Goh
dan Felda Bukit Sagu tengah malam semalam.
Dalam pada itu, seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
berusia 56 tahun ditahan dan ditahan reman sehingga 8 Ogos ini
No comments:
Post a Comment