ARAU: Pasangan Islam yang berpoligami di luar negara termasuk Thailand tidak perlu melalui proses perbicaraan mahkamah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Agama Islam Perlis berkata hal itu
dimuktamadkan kerajaan Perlis yang turut meliputi pasangan di negeri
lain, lapor Kosmo!.
"Tidak perlu ke mahkamah, pasangan suami isteri itu hanya perlu
mendaftar di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) selain
dikenakan yuran proses sebanyak RM2,020 sahaja selain mempunyai dokumen
pengesahan telah berkahwin," kata Datuk Khairi Hasan.
Namun, beliau memberi contoh, pasangan yang bernikah di Songkhla perlu
memiliki pengesahan perkahwinan daripada Pejabat Konsulat Malaysia di
Songkhla, Thailand.
No comments:
Post a Comment