Monday, August 28, 2017

Pingat Sukan SEA: Thai kritik ‘dasar’ tuan rumah Malaysia

 
 
Thailand mengadu Malaysia menganjurkan sukan yang Malaysia sememangnya baik dan bukan menganjurkan sukan di mana negara-negara lain turut baik.


Thana-Chaiprasit-medal-sukan-sea-2017

KUALA LUMPUR: Thailand mendakwa Malaysia, yang berada dalam laluan mudah muncul juara Sukan SEA, menyusun program sukan memihak kepada tuan rumah, dan pasa masa yang sama negara jiran itu mengakui pihaknya sudah pun tewas dalam persaingan kali ini.

Thailand menguasai edisi sebelum ini pada 2015 apabila mereka memperoleh 95 pingat emas untuk mengatasi tuan rumah Singapura yang menghimpunkan 84 pingat.

Bagaimanapun dengan temasya ini akan menutup tirai Rabu ini, Thailand berada di tangga ke-4 dalam carta semasa dengan 44 pingat emas, jauh di belakang Malaysia yang sudah memperoleh lebih 80 pingat.

“Kami tercicir beberapa pingat emas dan kedudukan kami kelihatan tidak baik,” kata ketua delegasi Thailand, Thana Chaiprasit dipetik Bangkok Post.

“Saya fikir kita akan mendapat sekitar 80 pingat emas, sekitar 20 peratus lebih rendah berbanding sasaran 109 pingat emas.”

Satu ciri khas Sukan SEA, yang bermula sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara pada tahun 1959, adalah dasar membaharui program sukan setiap kali diadakan.

Ini bermakna negara-negara tuan rumah secara tradisional muncul dengan prestasi terbaik, memenangi pingat terbanyak dalam 6 daripada 10 temasya terakhir, yang diadakan setiap 2 tahun sekali.

Tetapi Thana mengadu keputusan Malaysia untuk menggugurkan acara tinju wanita, dan termasuk sukan seperti skuasy telah membawa kekurangan kepada Thailand.

“Mereka menganjurkan sukan yang mereka sememangnya baik dan bukan menganjurkan sukan di mana negara-negara adalah (turut) baik,” katanya.

“Apabila kami pulang nanti, kami perlu melihat kesilapan kami dan menyelesaikan masalah ini dengan serius,” tambah Thana.

No comments: