shahbudindotcom
Pendedahan
Tun Mahathir Mohamad bahawa Zahid Hamidi pernah menemuinya untuk
meminta sokongan bagi menggantikan Najib Razak, tidak lama selepas
dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, tentu saja mengejutkan banyak
pihak.
Yang
paling terkejut pastinya ialah Najib sendiri yang melantik Zahid Hamidi
ke jawatan tersebut dan Rosmah Mansor yang menjadi suri hati Perdana
Menteri di Seri Perdana.
Hati Najib dan Rosmah barangkali berbisik, tak sangka Zahid turut mahu "menghalau" mereka daripada Seri Perdana.
Dalam
jawapan balasnya kepada dakwaan Zahid Hamidi berkaitan "Mahathir anak
lelaki Iskandar Kutty", Tun Mahathir semalam bukan saja mencabar
Timbalan Perdana Menteri mendedahkan bukti salinan kad pengenalan
seperti didakwanya itu, bahkan juga mendedahkan tentang pertemuan Zahid
dengannya untuk mengambil alih tempat Najib.
"Zahid
mesti ingat apabila beliau dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri,
datang jumpa saya cuba nak simpati saya, sokongan saya.
"Saya
kata benar-benar kepada Zahid, kalau pun Najib letak jawatan, yang mana
itu bagi saya tak mungkin berlaku, Zahid kena tunggu UMNO tentukan
siapa yang akan ganti Najib.
"Belum tentu Zahid ganti Najib. Bila nak simpati saya, datanglah. Bila tak boleh dapat, carilah jalan bohong macam ini.
"Saya malu ada orang seperti ini dalam Kabinet," kata Tun Mahathir lagi dalam rakaman video tersebut.
Adalah
dipercayai dan disebut oleh Ahli MPT Bersatu, Zahid Md Arip dalam
rakaman videonya, pertemuan Zahid Hamidi dengan Tun Mahathir diadakan di
rumah bekas Perdana Menteri itu di Seri Kembangan, kira-kira sebulan
selepas beliau dilantik menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan
Perdana Menteri.
Ketika itu, Tun Mahathir masih lagi bersama UMNO, malah Muhyiddin juga belum dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Bermakna,
hanya dalam tempoh sebulan jadi orang nombor dua dalam kerajaan, Zahid
Hamidi sudah "tergerak hati" untuk menjadi Perdana Menteri dengan
menyingkirkan Najib yang melantiknya ke jawatan itu.
Perghhhh...ganasnya cita-cita dan impian orang Perak yang seorang ini!!
Rasanya
belum pernah ada mana-mana Timbalan Perdana Menteri sebelum ini cuba
menyingkir dan mengambil alih jawatan Perdana Menteri hanya dalam tempoh
kira-kira sebulan selepas dilantik memegang jawatan tersebut.
Dalam
pada itu, pada awal tahun 2016, seorang bekas pemimpin UMNO ada menemui
Najib dan memaklumkan mengenai pertemuan Zahid dengan Tun Mahathir
sambil memintanya berhati-hati dengan "gerakan politik" orang nombor dua
dalam kerajaan itu.
Najib
dilaporkan hanya tersenyum dengan kata-kata bekas pemimpin tersebut dan
memberitahu beliau mengetahui mengenai pertemuan Zahid dengan Tun
Mahathir itu yang katanya hanya sekadar kunjungan hormat biasa serta
sebagai tanda hormat timbalannya ke atas Tun Mahathir.
Tetapi, sekarang bagaimana?
Dengan
pengakuan Tun Mahathir sendiri bahawa Zahid Hamidi datang menemuinya
untuk meminta sokongan bagi menyingkirkan Najib, adakah Perdana Menteri
masih mempercayai timbalannya atau sudah lama curiga terhadapnya?
Mungkinkah Najib sebenarnya sudah mengetahui perkara yang sama sebelum ia didedahkan oleh Tun Mahathir?
Apakah
kerana akhirnya Najib mengetahui bahawa pertemuan itu memang bertujuan
untuk menyingkirkannya, maka beliau melantik Hishammuddin Hussein
menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas secara mengejut untuk mengimbangi
kedudukan Zahid Hamidi?
Adakah Najib kini sudah mulai berwaspada, curiga, berhati-hati malah mungkin tidak percaya lagi terhadap Zahid?
Inikah
yang menyebabkan Zahid kebelakangan ini seperti dibelenggu rasa
bersalah yang kronik sehingga berkali-kali mengatakan beliau tetap setia
kepada Najib sambil menyerang Tun Mahathir tanpa henti-henti?
No comments:
Post a Comment