KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh
Hari Raya Aidilftri ialah 24 Jun bersamaan 29 Ramadan 1438 Hijrah,
menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.
Kenyataan itu menjelaskan, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara
menetapkan tarikh adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan
hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).
“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu
juga tarikh Hari Raya Puasa menerusi radio dan televisyen,” kenyataan
itu menerangkan.
Anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment