ANTARAPOS.COM
IPOH: Satu kemalangan membabitkan lori dan bas berlaku di Kilometer
257.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora dekat
sini, mengakibatkan kesesakan sehingga lapan kilometer petang tadi.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, kemalangan berlaku
kira-kira jam 3.24 petang membabitkan sebuah lori yang terbalik di
lorong kiri selepas terbabit kemalangan dengan sebuah bas.
"Lori berkenaan yang terbalik mengakibatkan laluan di lorong kiri
terhalang manakala bas berkenaan tidak mengalami kerosakan teruk dan
mampu meneruskan perjalanan," katanya sambil menjelaskan tiada
kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku, ketika dihubungi sebentar tadi.
Beliau berkata, lori berkenaan berjaya dialihkan kira-kira jam 5.30 petang tadi dan kedua-dua lorong sudah dibuka.
Bagaimanapun, katanya, trafik masih mengalami kesesakan sejauh kira-kira lapan kilometer.
No comments:
Post a Comment