BANGI –
Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan memberi sebarang komen berhubung
tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan saman
terbaharu berkaitan wang 1MDB.
Perdana
menteri itu berkata, beliau tidak perlu memberi sebarang komen kerana
terlalu banyak kenyataan dikeluarkan pelbagai pihak mengenai isu ini.
“Sudah ada
banyak kenyataan, tak payah. Saya sudah keluarkan kenyataan,” katanya
pada sidang media selepas majlis penyerahan kunci Pembangunan Perumahan
Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), hari ini.
Ketika
ditanya samada beliau akan mengambil tindakan memfailkan saman terhadap
DOJ, Najib pantas mencelah soalan dikemukakan wartawan.
“Siapa yang nak saman? Tiada lagi kenyataan (tentang DOJ),” katanya.
Menerusi
laporan DOJ baru-baru ini, ia mengaitkan isteri Perdana Menteri itu
dengan pembelian barang kemas, termasuk kalung permata berlian, bernilai
hampir RM128.29 juta menggunakan wang yang diseleweng daripada dana
1MDB dan melalui akaun Najib.
Menurut
saman DOJ itu, kalung berlian berkenaan dibeli pada 2013, hanya sebulan
selepas AS$680 juga dipindahkan ke akaun peribadi Najib di Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia berkata, wang itu adalah derma daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Kalung
berlian itu dibeli dari Lorraine Schwartz di New York. Saman terbaharu
itu turut mendedahkan pesanan Jho Low kepada Schwartz pada Jun 2013 yang
menyebut “Need a 18 carrot (carat) pink heart diamond vivid or slightly
short of vivid. On diamond necklace urgent”.
Bagaimanapun,
beberapa jam selepas dokumen DOj itu dikeluarkan, setiausaha akhbar
Najib, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad mengecam tuntutan
berkenaan yang menamakan beberapa perkara dan individu adalah ‘tidak
perlu’.
Katanya, siasatan pihak berkuasa Malaysia sebelum ini sudah jelas menunjukkan tiada jenayah dalam 1MDB.
No comments:
Post a Comment