Monday, June 19, 2017

Cadangan GST untuk 60 bahan makanan dibatalkan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia membatalkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terhadap lebih 60 bahan makanan yang sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Julai ini.
 
Ketua Pengarahnya, Datuk Subromaniam Tholasy berkata perkara itu merujuk Perintah Cukai GST (Pembekalan Berkadar Sifar) (pindaan) (No.2) 2017 yang diwartakan pada 6 Jun tahun ini.
 
"Implikasi kepada pewartaan perintah ini akan menyebabkan lebih daripada 60 item makanan seperti ikan belut, todak, jagung, sayuran sejuk beku dan beberapa jenis buah-buahan import (avocado, apricot, anggur, ceri, peach, plum) serta marjerin dan lain-lain akan tertakluk kepada GST enam peratus.
 
"Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya (ia) dibatalkan," katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
 
Terdahulu, media tempatan hari ini melaporkan kerajaan akan mengenakan GST terhadap 60 jenis barangan makanan bermula 1 Julai depan.
 
 

No comments: