SAYA tidak hairan sekiranya Abdul Aziz Isa (AAI) menjadi seorang ahli, penyokong mahupun “symphatizer” Democratic Action Party (DAP). Saya juga tidak berasa pelik sekiranya AAI tidak nampak atau kabur, bahkan menutup sebelah mata terhadap perjuangan paradoks sekularisme DAP dan agenda Kristian evangelis yang berselindung dan berlindung dibawah parti rasis cauvinis ini.
Rentetan
daripada pendedahan terhadap motif disebalik autobiografi “Becoming
Hannah” oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh,
pembatalan upacara Jerusalem Jubilee di Melaka hinggalah kepada
pembatalan upacara All Borneo Revival Convocation (ABRC2017) di Sarawak,
ternyata bahawa Pakatan Harapan
menjadi benteng penyebaran dakyah serta pengkhianatan terhadap Yang
DiPertuan Agong (YDPA), Raja-Raja, Perlembagaan Persekutuan,
undang-undang malahan Rukunegara sekalipun.
Tetapi
mungkin kerana itulah AAI boleh dilantik menjadi “Special Assistant”
kepada YB Chong Chien Jen daripada DAP. Dalam erti kata lain, AAI
menjadi salah seorang juru cakap DAP bagi membawa persepsi negatif
terhadap orang Islam dan kefahaman mereka.
Dalam
kritikan AAI terhadap Dr. Kamarul Zaman Yusoff dan Nasrudin Hassan,
Ketua Penerangan PAS Pusat, AAI turut memberi tempias caci makinya
kepada umat Islam yang menyokong kedua-dua tokoh ini.
AAI
menuduh mereka sebagai “pelampau agama dan rasis”, “cuba untuk menjadi
tuhan” atau “lebih tinggi dari tuhan” atau “nak jadi Ayah Pin 2.0”,
“jahil, bodoh dan bangang”, “orang hilang akal” yang patut “letak otak
itu di bawah lutut”, “perangai mengalahkan syaitan”, “bersikap ‘holier
than thou'”, “hati keras seperti batu”, “akal sekecil kuman”, “otak
masih karat”, “bersikap syaitan dan iblis”, memiliki “otak kedondong
asam”, “bersikap dengki”, “berprasangka buruk” dan bermacam lagi cacian
yang dilemparkan dalam beberapa tulisan beliau di Facebook.
Tidak
padan dengan diri sendiri yang masuk bakul angkat sendiri dengan dakwaan
AAI bahawa kenyataan beliau adalah “good press statement to defend the
rights of the Christians” dan “moderate view”, media pro-DAP seperti
Free Malaysia Today (FMT), Malaysiakini (Mkini), Malay Mail Online (MMO)
dan The Malaysian Insight (TMI) sendiri tidak mahu menerbitkan
kenyataan atau laporan berkenaan kenyataan AAI dalam isu ini.
Dakwa AAI,
“They (media) only interested with Syed Saddiq, Dyana Sofya, etc” dan
kerana AAI “not a YB, a Minister, a party leader and too young”. Apabila
kenyataan AAI yang dihantar walaupun kepada media pro-DAP tersebut
telah diketepikan, AAI pula mempersoalkan “Death of journalism in
Malaysia. Are they owned by UMNO?”
Sungguh
lucu pemuka-pemuka Melayu DAP seperti AAI ini, seolah-olah inilah
‘standard’ anak-anak didik sekolah demokrasi DAP berhujah.
Ada
beberapa kepincangan yang telah dilakukan oleh AAI hasil bacaan saya
terhadap beberapa tulisan beliau di Facebook. Saya cerakinkan seperti
berikut:
1. Tulisan AAI hanya sarat dengan serangan peribadi terhadap Dr. Kamarul dan Nasrudin
2. AAI menyeleweng fakta sejarah keturunan Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhammad S.A.W.
3. AAI menyeleweng fakta dan konteks penganjuran Jerusalem’s Jubilee di Melaka dan ABRC2017 di Sarawak
4. AAI menyeleweng kedudukan Islam dari sudut Perlembagaan Persekutuan
5. AAI mengheret isu-isu lain yang tidak menjadi pertikaian
6. AAI mengesahkan dakwaan bahawa DAP tidak berpegang kepada prinsip sekularisme yang diperjuangkannya
7. AAI mengiyakan sikap hipokrasi DAP
8. AAI menyeleweng kedudukan Islam dari sudut pandang Islam
2. AAI menyeleweng fakta sejarah keturunan Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhammad S.A.W.
3. AAI menyeleweng fakta dan konteks penganjuran Jerusalem’s Jubilee di Melaka dan ABRC2017 di Sarawak
4. AAI menyeleweng kedudukan Islam dari sudut Perlembagaan Persekutuan
5. AAI mengheret isu-isu lain yang tidak menjadi pertikaian
6. AAI mengesahkan dakwaan bahawa DAP tidak berpegang kepada prinsip sekularisme yang diperjuangkannya
7. AAI mengiyakan sikap hipokrasi DAP
8. AAI menyeleweng kedudukan Islam dari sudut pandang Islam
Saya akan ulas satu persatu.
Pertama,
AAI tidak lain hanyalah memenuhi ruang Facebook beliau dengan kritikan
tidak berasas dan lari daripada isu asal disamping sarat dengan serangan
peribadi dan ada diantaranya yang melampau terhadap Dr. Kamarul dan
Nasrudin.
Saya
percaya Perlembagaan Persekutuan melindungi kebebasan bersuara namun
kebebasan bersuara yang dinikmati oleh AAI ternyata tidak membawa
apa-apa erti dan isi sekalipun bahkan telah disalahguna oleh pembantu
istimewa pimpinan DAP ini.
Izinkan saya untuk memetik beberapa cacian beliau yang saya anggap melampau:
“…kalau
sudah pakai serban tinggi macam bonggol unta pun boleh mengeluarkan
kenyataan seperti orang hilang akal, baik letak otak itu di bawah lutut.
Serban tu sila tanggalkan untuk buat batu nisan…makin pakai serban,
makin bangang jadinya.”
“Kalau tak faham lagi, sila ambil buku, balut dengan kain serban, tampar muka sendiri, terjun dalam tong simen, dan boleh blah.”
“Perangai mengalahkan syaitan yang dibelenggu di bulan Ramadhan.”
Adakah
kenyataan-kenyataan sebegini mencerminkan kefahaman AAI sendiri terhadap
“hati yang bersih”, “fikiran yang terbuka” ataupun “peace and unity”
yang beliau sendiri ungkapkan? Saya tidak fikir begitu.
Mari kita
lihat kepincangan AAI yang kedua apabila saya menyebut AAI menyeleweng
fakta keturunan Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhammad S.A.W.
Saya
perasan satu tulisan oleh Saudara Ayman Rashdan Wong bertajuk “YAHUDI
BUKAN SEJENIS KUIH” berkenaan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut
bahawa “semua nabi sebelum Rasulullah Muhammad adalah Yahudi”.
Saya
terfikir, mengapa pula tulisan tersebut dibuat namun pada masa yang sama
saya menghargainya kerana ia adalah ilmu bagi saya untuk memahami
salasilah keturunan sejak Nabi Adam A.S dan perkaitan dengan Yahudi
secara jelas.
Kemudian,
tulisan AAI menarik perhatian saya di mana beliau menyebut bahawa
“kesemua nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum baginda datang dari keturunan
Yahudi”.
AAI turut
menempelak Dr Kamarul dan Nasrudin di dalam tulisan yang sama bahawa
“…apakah Dr Kamarul Zaman Yusoff (Pensyarah UUM) dan Nasrudin Hassan
(Ketua Penerangan PAS) buta sejarah atau buta hati? Mengaku Islam tetapi
kenapa tidak faham sejarah sebelum kedatangan Islam?”
Walhal,
penerangan saudara Ayman Rashdan Wong merumuskan bahawa “hanya Nabi
Zakariyya, Nabi Yahya dan Nabi Isa sahaja yang boleh dikira sebagai
Yahudi”. Ini membuktikan penyelewengan yang serius oleh AAI. Jadi,
siapakah yang “buta sejarah”, “buta hati” atau “mengaku Islam tetapi
tidak faham sejarah sebelum kedatangan Islam” yang sebenarnya?
Kita terus
kepada kepincangan AAI yang ketiga apabila saya menyebut penyelewengan
fakta dan konteks penganjuran Jerusalem’s Jubilee di Melaka dan ABRC2017
di Sarawak.
Saya
perhatikan bahawa adalah menjadi satu modus operandi bagi Kristian
evangelis ini untuk me’mangsa’kan kumpulan mereka bahawa mereka telah
dibuli secara undang-undang atau “legally harrassed” ketikamana mereka
mendakwa mereka hanya mahu berdoa, menjadi Kristian yang baik ataupun
berbuat kebaikan.
Sedangkan slogan, laungan atau mesej yang diratibkan mereka tidak berbunyi bahkan membawa maksud sedemikian.
Lihat ayat-ayat seperti berikut:
“… MENYEDIAKAN JALAN UNTUK KEPULANGAN RAJA KEMULIAAN…”
“…Kebangkitan hebat…”
“…invade this nation…”
“…Kingdom of God…”
“…God’s principles and cultures into Malaysia…”
“…Kebangkitan hebat…”
“…invade this nation…”
“…Kingdom of God…”
“…God’s principles and cultures into Malaysia…”
Dan
sekiranya saya boleh menambah beberapa petikan daripada ucapan
penceramah-penceramah yang dijemput, juga seperti yang didedahkan oleh
Dr. Kamarul:
Tom Hess
mengatakan (terjemahan) “…kita lihat bagaimana Tuhan benar-benar
sayangkan rakyat Malaysia bahawa Dia akan mengambil semula Malaysia
untuk-Nya…”
Afeef
Halasah juga mengatakan (terjemahan) “Dan jika ini tidak berlaku, Tuhan
akan bertanya, ‘Di mana gereja Malaysia Saya? Di mana anak-anak lelaki
dan anak-anak perempuan Saya? Malaysia milik Saya dan Saya telah berikan
ia kepada kamu untuk menjaganya bagi Saya, untuk mengisinya dengan
kegemilangan Saya dan untuk menubuhkan Kerajaan Saya.”
Berikutan slogan, laungan dan mesej seperti ini, saya juga telah mengeketengahkan beberapa persoalan serius iaitu:
[Pertama, adakah “RAJA KEMULIAAN” dan “Kingdom of God” itu akan mengambil tempat Raja-Raja dan Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua agama Islam atau berdiri sama tinggi dengan Raja-Raja dan YDPA sekaligus menikmati atau merampas hak, keistimewaan, prerogatif atau kuasa Raja-Raja dan YDPA?
Kedua,
adakah “Kebangkitan hebat” dan “God’s principles and cultures” ini akan
meletakkan agama Kristian bersekedudukan dengan agama Islam ataupun
lebih tinggi daripada agama Islam sehingga menjadikan agama Kristian
sebagai agama bagi Persekutuan?
Ketiga,
adakah matlamat untuk “invade this nation” akan merencatkan usaha
memperluas perbuatan, amalan atau upacara agama Islam yang diketuai oleh
Raja-Raja dan YDPA sebagai Ketua agama Islam atau menikmati
keistimewaan yang sama bahkan menghapuskan Perkara 11(4) yang memberikan
kuasa untuk mengawal pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain
kepada umat Islam?]
Tahukah
AAI bahawa slogan, laungan atau mesej tersebut berbaur hasutan dan
bersifat provokatif dan boleh didakwa dibawah Akta Hasutan kerana
cenderung untuk:
“mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan”;
“menimbulkan
perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang
di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan
penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri”;
“mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia”;
“mempersoalkan
apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau
prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh…Perkara 181 Perlembagaan
Persekutuan” yang memperuntukkan bahawa “Tertakluk kepada peruntukan
Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa
Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar
Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing
sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan
tidak terjejas”.
Sedarkah
AAI bahawa slogan, laungan atau mesej tersebut boleh membawa kepada
kesalahan-kesalahan dibawah Seksyen 128B Kanun Keseksaan terhadap kuasa
Yang DiPertuan Agong, Raja atau Yang DiPertua Negeri?
Jika AAI
menuduh bahawa Dr. Kamarul dan Nasrudin tidak menghormati Rukunegara,
apakah AAI tidak mengira penganjur upacara-upacara ini juga tidak
menghormati Rukunegara yang kedua iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan
Negara”, yang ketiga iaitu “Keluhuran Perlembagaan” dan yang keempat
“Kedaulatan Undang-Undang”?
Oleh yang
demikian, sudah terang lagi bersuluh bahawa penganjuran upacara-upacara
ini bukan sekadar “bebas mengamalkan ajaran”, menganjurkan “majlis
besar”, “mengamalkan agama”, “aktiviti-aktiviti agama”, “upacara
keagamaan”, “hak orang Kristian”, atau “melaksanakan kewajiban” seperti
yang didakwa oleh AAI dalam beberapa tulisan beliau.
Kemudian,
slogan, laungan atau mesej ini bukan sekadar menjadi satu kesalahan di
bawah Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan, malahan ia bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan istimewa Islam melalui
Perkara 3 namun telah disalah erti oleh AAI. Inilah kepincangan AAI yang
keempat.
Di dalam
bidasan saya terhadap Wan Ji, saya telah menyebut petikan daripada
penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes Menteri Dalam Negeri &
Ors v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur [2013] 8 CLJ
890 yang memutuskan bahawa konsep “aman dan damai” yang terkandung dalam
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bermaksud:
“…untuk
memelihara kesucian Islam sebagai agama negara dan juga untuk
mempertahankannya dari sebarang ancaman terhadapnya atau sesuatu ancaman
yang mungkin dan boleh berlaku terhadap agama Islam.”
AAI
berhujah seolah-olah bersangkutan dengan satu komentar yang dibuat oleh
Wan Ji di Facebook beliau apabila Wan Ji menyebut bahawa “tentang
sesuatu cadangan program, jangan sampai melahirkan permusuhan dengan non
muslim yang lain”.
Anehnya,
upacara-upacara ini bukan dianjurkan oleh orang Islam akan tetapi orang
Islam pula yang perlu berwaspada dan menjaga hati orang bukan Islam.
Walhal, para penganjur yang mencabar YDPA dan Raja-Raja, keluhuran
Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kedudukan Islam dengan
slogan, laungan atau mesej bersifat hasutan dan provokatif tidak pula
mahu diambil tindakan.
Wan Ji
sendiri menyebut bahawa “sebarang elemen yang membawa kepada permusuhan
berasaskan agama wajar dielak”, namun apakah Wan Ji dan AAI tidak
melihat bahawa para penganjurlah yang “membawa kepada permusuhan
berasaskan agama ini” dengan penganjuran upacara sedemikian dan apakah
kedua-dua mereka tidak mengira bahawa reaksi serta sensitiviti umat
Islam adalah berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan
Rukunegara?
Menelurusi
kepincangan AAI yang kelima, AAI membangkitkan perkara yang tidak
menjadi pertikaian dalam isu Jerusalem’s Jubilee dan ABRC2017 ini,
antaranya sambutan Krismas, Good Friday dan Ash Wednesday. AAI juga
mendakwa bahawa kononnya umat Islam menentang penganjuran
upacara-upacara ini kerana ia berlaku dalam bulan Ramadhan.
Ini satu
penghujahan yang lucu. Hujah ini sama seperti dakwaan kolumnis TMI,
Hafidz Baharom bahawa orang Islam melepaskan geram dan kemarahan kepada
akhbar The Star berikutan isu tajuk “Malaysian terrorist leader” kerana
umat Islam lapar di bulan puasa. Sedangkan, umat Islam sentiasa
konsisten menentang penyebaran persepsi yang salah terhadap Islam,
semasa atau diluar bulan Ramadhan.
Sama juga
seperti tentangan umat Islam terhadap penganjuran upacara-upacara ini.
Sekiranya ia dianjurkan di luar bulan Ramadhan sekalipun, umat Islam
tetap akan mempertikaikan penganjurannya.
Selain
itu, yang keenam, tulisan AAI membuktikan bahawa DAP adalah sebuah parti
yang hipokrit. Sebelum ini, Hannah Yeoh dibela DAP dan pimpinan mereka
apabila Hannah Yeoh menukilkan dalam bukunya untuk menyebarkan agamanya
menggunakan kedudukan dan pejabat beliau selaku pemimpin politik dan
kakitangan awam, lantas mencampur adukkan urusan politik dan agama.
Selaku
seorang pendukung DAP, AAI pula mendakwa bahawa “The Christians have
very important role to play in this country. The Christian leaders are
very much guided by their belief and faith in God”.
Ini mungkin menjadi jawapan kepada penglibatan secara aktif pemimpin-pemimpin Kristian DAP dalam politik yang ada diantara mereka turut menjadi penceramah di gereja-gereja berbicara tentang agama dan politik seperti Hannah Yeoh, Tony Pua, Anthony Loke, Teresa Kok dan Lim Guan Eng.
Ini juga
mungkin menjadi jawapan kepada penglibatan dan kelantangan persatuan
Kristian yang mesra PH seperti Council of Churches Malaysia (CCM) dan
Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism,
Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dalam Bersih 4 dan 5 yang diakui bersifat
dan bermotifkan politik oleh kolumnis MMO Boo Su-Lyn dalam artikelnya
“So what if Bersih is pro-Opposition?” ataupun kolumnis Mkini S.
Thayaparan dalam artikelnya “So what if Bersih is partisan”.
Sudahlah
DAP tidak menerima nasihat kolumnis sekular S. Thayaparan untuk pimpinan
Kristian DAP meninggalkan agama mereka di pintu dan tidak mengumumkan
agama mereka di ruang umum untuk mengekalkan prinsip sekular mereka,
untuk kepincangan yang ketujuh, AAI hanya mengiyakan sikap hipokrasi DAP
dan persatuan-persatuan Kristian yang ‘PH-friendly’ dalam isu RUU355
yang dibentangkan oleh Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Sekiranya
orang Islam dituduh “tidak menjaga sensitiviti agama” penganjur
upacara-upacara tersebut, “mendiskriminasi” atau “menyentuh hak orang
bukan Islam”, tolonglah berikan alasan yang munasabah mengapa
penentang-penentang RUU355 seperti DAP dan persatuan-persatuan Kristian
seperti CCM, MCCBCHST dan Christian Federation of Malaysia (CFM) tidak
boleh dituduh sedemikian rupa?
CCM
mendakwa bahawa RUU355 adalah cubaan “…rewriting the Constitution in a
radical way” dan cubaan ini akan menghakis “liberal secular status of
the Constitution…”
MCCBCHST
pula mendakwa bahawa “…Federal Constitution…embodies the secular status
of our country” lantas menafikan kedudukan Islam sebagai agama bagi
Persekutuan.
CFM pula menyarankan bahawa “…they (RUU355) must be thoroughly discussed and responsibly discussed openly and honestly”.
Sekiranya
DAP dan persatuan-persatuan Kristian ini benar-benar mencintai konsep
“aman dan damai”, mengapa mereka tidak memilih pendirian yang sama dan
sikap tidak campur tangan Christians for Peace and Harmony Malaysia
(CPHM) yang berpendapat bahawa “This (RUU355) is beyond us… It is very
political”.
Di dalam
isu berbuka puasa di Pulau Pinang pula, CPHM melalui kenyataan Timbalan
Pengerusinya Lee Min Choon turut berkecuali dan menyatakan pendirian
mereka bahawa “Ia perkara membabitkan pemahaman Islam. Saya tidak tahu
banyak mengenai Islam, jadi saya tidak sesuai untuk bercakap
mengenainya”.
Oleh yang
demikian, sekiranya isu RUU355 ini adalah satu isu yang “very political”
dan sepatutnya menjadi “beyond” penganut Kristian serta orang Kristian
“tidak tahu banyak mengenai Islam”. mengapa pula persatuan-persatuan ini
termasuklah DAP yang majoritinya bukan beragama Islam mahu mencampur
tangan dan mempersoalkan RUU355?
Terkini,
isu upacara-upacara di Melaka dan Sarawak dan kenyataan AAI hanya
membuktikan sikap hipokrit dan “double standard” DAP terhadap Islam dan
keistimewaannya mengikut Perlembagaan.
Amat
malang sekali apabila AAI, yang juga mengakui bahawa beliau membaca
Quran dan Bible serta memuatnaik gambar Quran dan Bible yang diletakkan
bersebelahan, mengucapkan beberapa kenyataan yang sewajarnya membuka
mata kita terhadap kefahaman beliau dan DAP terhadap Islam.
Kepincangan
AAI yang kelapan dan terakhir yang akan diulas, adalah apabila beliau
mendakwa bahawa “…tidak ada agama yang lebih agung dari agama yang
lain…”, “…semua orang adalah sama di sisi Allah tanpa mengira bangsa,
jantina dan anutan agama mereka…” dan “Pandangan mereka tentang penganut
agama Kristian di Malaysia… merupakan satu kekufuran yang besar kepada
Islam yang merupakan agama universal”.
AAI turut
memberi petikan daripada Guru Nanak yang berbunyi “sebelum menjadi Sikh,
seorang Muslim, seorang Hindu atau seorang Kristian, mari kita menjadi
manusia dahulu”.
Saya tertanya-tanya apakah pendirian AAI terhadap ayat-ayat berikut:
Surah Az-Zaariyaat ayat 56 apabila Allah s.w.t berfirman “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”;
Surah
Al-Maidah ayat 3 yang berbunyi “Pada hari ini Aku telah menyempurnakan
bagimu agamamu serta telah Aku lengkapkan nikmatKu kepadamu dan Aku
telah redha Islam sebagai agamamu”;
Surah
Ali-Imran ayat 85 yang bermaksud “Barangsiapa menghendaki agama selain
Islam maka sekali-kali tidak akan diterima dan pada hari akhirat nanti
termasuk orang-orang yang rugi”?
Sekiranya
ungkapan AAI itu menjadi refleksi kefahaman DAP yang sebelumnya didakwah
oleh PAS dan kini Parti Amanah Negara (PAN) (sekiranya berjalan)
berkenaan Islam dan oleh itu DAP boleh dikatakan tidak anti-Islam, saya
mencadangkan agar umat Islam menolak DAP kerana penghinaan dan salah
faham ini.
Sikap
diskriminasi DAP terhadap Islam dalam beberapa isu sudah cukup untuk
membuka mata kita bahawa mereka tidak akan redha kepada Islam sebagai
rahmat kepada seluruh alam dan agama bagi tanah air kita.
No comments:
Post a Comment