SHAH ALAM: Mahkamah Rayuan Syariah hari ini menolak permohonan qazaf
Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee
Abdullah.
Panel tiga hakim syarie berkata mereka bersetuju dengan hujah-hujah ilmiah bahawa zina turut meliputi liwat.
Namun, menurut mereka, mahkamah terikat dengan enakmen jenayah syariah
Selangor, yang mentakrifkan zina hanya sebagai persetubuhan antara
seorang lelaki dengan seorang wanita.
Justeru, ereka memutuskan permohonan qazaf itu tidak dapat diluluskan.
Ini adalah alasan sama yang diberikan apabila Mahkamah Tinggi Syariah
Shah Alam pada Oktober lalu membatalkan permohonan qazaf pertama Anwar
terhadap Shafee.
Anwar memfailkan saman ke atas Shafee berhubung tindakan peguam Umno
itu yang mengadakan siri jelajah dan dialog di Akademi Kepimpinan Kapten
Hussein, pada 17 Feb tahun lalu, selepas bekas ketua pembangkang itu
didapati bersalah dalam kes liwat II di mahkamah persekutuan.
Beliau mendakwa Shafee melakukan kesalahan qazaf kerana menokok-tambah
kejadian yang dikatakan berlaku itu, dan mencabar Shafee untuk
mengemukakan empat orang saksi.
No comments:
Post a Comment