KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr.
Asyraf Wajdi Dusuki dan Presiden Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Prof.
Datuk Dr. Sim Kui Hian mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal
kedua di Dewan Negara hari ini.
Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S. A. Vigneswaran.
Majlis pada hari ini juga menyaksikan dua muka baharu mengangkat sumpah
sebagai Senator iaitu Ketua UMNO Bahagian Segamat, Zahari Sarip dan
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias.
No comments:
Post a Comment