KAJANG: Usaha untuk mencari dan menyelamat seorang lelaki yang hanyut
dibawa arus deras di Batu 14, Sungai Hulu Langat dekat sini petang
semalam diteruskan hari ini.
Memetik laporan Utusan Online, usaha mencari dan menyelamat dimulakan sejak 8.00 pagi tadi.
Komanden Operasi, Penguasa Bomba, Mohd Shafiq Ramli berkata, radius
mencari dan menyelamat mangsa yang hanyut bersama motosikalnya semalam,
mencakupi 10 kilometer bermula dari lokasi mangsa dihanyutkan.
“Pencarian bermula di Sungai Hulu Langat berdekatan IKBN Dusun Tua di
Batu 14 di mana di situ mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras.
“Pencarian menyelusuri Sungai Hulu Langat, Sungai Tekali, Sungai
Semungkis sehingga ke Jalan Kuari yang lebih kurang 10 kilometer,”
ujarnya.
Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa turut dibantu oleh
Pasukan Khas dari Shah Alam, Pelabuhan Klang, unit K9 dan penyelam.
Semalam, rakaman video seorang lelaki cuba menyelamatkan motosikalnya
yang terjatuh ke dalam sungai selepas hujan lebat di kawasan Batu 14,
Hulu Langat, turut hanyut dibawa arus deras menjadi tular di media
sosial.
Susulan itu, pasukan bomba dan penyelamat yang menerima laporan tentang
kejadian, berusaha untuk mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai
penduduk tempatan.
No comments:
Post a Comment