OLEH NORHAYATI UMOR
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan dua lagi
masjid baru tahun ini iaitu di Masjid Taman Putra Height dan Seksyen 24,
Shah Alam.
Kedua-kedua masjid terbabit akan menelan kos sebanyak RM39.8 juta.
Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Emran Kadir berkata, urusan tender kedua-kedua projek itu akan dibuat Ogos depan.
“Masjid Putra Height akan menelan kos pembinaan sebanyak RM25.8 juta
iaitu RM14 juta sumbangan Kerajaan Negeri dan RM6.7 juta hasil kutipan
penduduk setempat.
“Manakala, Masjid Seksyen 24, pula dijangka menelan kos sebanyak RM14 juta yang dibiayai Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika sembah ucapan dihadapkan DYMM Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah di Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di
Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Pada masa sama, Emran berkata Kerajaan Negeri turut meluluskan projek
pembinaan bangunan tambahan Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 dengan kos
sebanyak RM13 juta.
“Ketika ini juga terdapat dua buah masjid dalam pembinaan iaitu
Masjid Seksyen U10 di Taman Puncak Perdana dengan kos sebanyak RM14 juta
dan Masjid Setia Alam dengan kos sebanyak RM17 juta,” katanya.
Setakat ini, daerah Petaling mencatatkan bilangan masjid terbanyak
iaitu 83 buah atau kira-kira 20 peratus dari jumlah keseluruhan masjid
di negeri ini.
No comments:
Post a Comment