Wednesday, May 3, 2017

Azmin, Zuraida teliti kes rasuah Adam Rosly

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Kes seorang pemimpin Pemuda PKR yang menghadapi tuduhan memberi keterangan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini diteliti oleh dua pemimpin kanan parti itu.
 
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memaklumkan siasatan kes Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah diserahkan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin.
 
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang meneliti isu yang mengaitkan kekayaan luar biasa yang dimiliki Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah.
 
"Seperti yang kami kata, PKR tidak teragak-agak, tidak bertolak ansur dengan sebarang amalan rasuah. Sekarang ia di tangan ketua disiplin," kata Nurul Izzah pada media, hari ini.
 
Nurul Izzah juga memaklumkan sebarang hasil siasatan berkenaan kes Adam akan dirujuk kepada Biro Politik PKR bagi tindakan selanjutnya.
 
Untuk rekod Adam yang dikatakan memiliki “kekayaan luar biasa” dituduh memberikan keterangan dan dokumen palsu di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 21 April lalu.
 
Dia juga didakwa memberi keterangan yang dilakukan untuk memperdaya pegawai SPRM untuk menyiasat sumber kekayaannya.
 
 

No comments: