Oleh Zeanaaima Md Yusof
SHAH ALAM: Kongres Nasional PKR minggu lalu tidak dijadikan medan
mengkritik atau mempersoalkan keputusan PAS yang menamatkan tahaluf
siayasi antara mereka, berikutan parti itu tidak mempunyai persediaan
sejak daripada awal.
Menurut Pengasas PKR, Ng Lum Yong, parti itu bukan seperti PAS yang
mempunyai sistem dimana perwakilannya di peringkat bahagian akan tampil
megemukakan sesuatu usul untuk diangkat serta dibahaskan dalam himpunan
tahunannya, Muktamar Tahunan PAS.
Malah usul yang dibawa pemimpin akar umbi PAS itu begitu tegas dan
konsisten mendesak PAS Pusat agar memutuskan hubungan dengan PKR, ujar
Ng.
"Setiap parti, jika nak membuat sesuatu pendirian mesti kena asas usul.
Usul ini mesti dibincang di kalangan perwakilan. Tapi berkenaan (putus
hubungan) PAS-PKR ini, PKR nampaknya tidak ada usul seperti PAS.
"PAS secara tegas bermula daripada bahagian sampai ke negeri dan
seterusnya sampai ke himpunan PAS, mereka terus buat ketetapan akan
terus hubungan dengan PKR," katanya ketika ditemubual Antarapos.
Kongres Nasional PKR yang berlangsung tiga hari sebelum ini pada
mulanya dijangka pemerhati politik akan berlangsung dalam suasana
hangat, namun ia meleset sama sekali.
Ternyata pemimpin PKR yang tampil berucap dihadapan perwakilan tidak
menyentuh langsung isu putusnya tahaluf dengan PAS dan hanya AMK berbuat
demikian.
"Hanya AMK sahaja yang keluarkan kenyataan..itupun hanya kenyataan
(lisan) sahaja tiada yang bersifat 'on paper' (kenyataan rasmi)," ujar
Ng lagi.
PAS terdahulu memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR selepas
menuduh parti itu melanggar syarat menjalin hubungan politik dengannya.
PKR selepas mesyuarat Biro Politik menerima keputusan PAS namun menolak dakwaan PAS bahawa mereka melanggar syarat bertahaluf.
Ketika PKR mengumumkan akan mengadakan Kongres Tahunannya di Shah Alam, ramai yang meramalkan PKR akan 'menegur' PAS.
"Dia (Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) tak berani buat satu
ketetapan, kerana dia tahu pada pilihan raya akan datang dia akan guna
parti PAS khususnya di kawasan desa dan kawasan majoriti Melayu sebab
kekuatan PAS ini sentiasa ada," ujar Ng lagi.
Ujar Ng, selepas lapan tahun bersama PKR, beliau mengambil keputusan
untuk tidak lagi bersama parti itu selepas hilang kepercayaan pada
perjuangan parti itu.
No comments:
Post a Comment