SEPANG: Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan kes dua wanita warga
Indonesia dan Vietnam yang didakwa membunuh abang kepada pemimpin Korea
Utara Kim Jong-nam dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk
perbicaraan.
Permohonan untuk memindahkan kes dibuat mengikut Seksyen 177A Kanun Acara Jenayah.
Hakim Harith Sham Mohamed Sham yang bertindak sebagai Majistret, bagaimanapun, tidak menetapkan sebarang tarikh.
Terdahulu kedua-dua tertuduh, Doan Thi Huong (Vietnam) dan Siti Aisyah
(Indonesia) tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pagi tadi untuk sebutan
semula kes.
Mereka tiba kira-kira jam 9.03 pagi, diiringi dengan konvoi pacuan
empat roda Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) yang lengkap
dengan topeng muka, berpakaian gelap dan diiringi polis trafik.
Thi Huong dan Siti Aisyah yang dikawal ketat oleh pihak polis dilihat memakai baju kalis peluru.
Kedua-dua wanita itu disyaki menyerang Jong-nam yang ketika itu sedang
menunggu penerbangan ke Macau di aras pelepasan Klia2, pada 13 Februari
lalu.
Jong-nam meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya,
selepas mukanya diserkup dengan kain yang dibasahi cecair beracun
dikenali sebagai agen saraf VX.
No comments:
Post a Comment