KUALA LUMPUR: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 peringkat kedua akan dibuat mulai 5 Jun ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini berkata,
pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan
penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum
ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun
ini.
"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat
membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya
Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun
penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat
kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh
ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
berhampiran.
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my.
No comments:
Post a Comment